Papar Tradisi Takbir Malam Raya, ‘Rumah Finale’ Antara Iklan Raya Wajib Tonton Tahun Ini!
Apa kata kita kembalikan tradisi lama kita semula?
Saban tahun kita disajikan dengan pelbagai kisah raya yang menarik di kaca TV mahupun di platform-platform online. Kadang-kadang tu, ada video raya yang cliché jalan ceritanya
Mahukan sesuatu yang berbeza, Perodua mempersembahkan sebuah filem pendek ‘Rumah Finale’ yang mengetengahkan tradisi warisan ziarah takbir di malam raya, agar sambutan Aidilfitri tahun ini lebih gamat dan bermakna.
Excited nak adakan program ziarah takbir raya!
Filem pendek ini mengisahkan tentang Din, seorang Presiden AJK Taman Mawar yang tidak sabar untuk menganjurkan program ziarah takbir malam raya dari rumah ke rumah bersama jiran tetangganya.
Namun, Din agak stress apabila semua penduduk taman kelihatan seperti tidak bersemangat buat perancangan.
Dah lah tu, Din kurang konfiden pula dengan tuan rumah finalé yang terpilih. Bukan apa, rumah penutup tu penting, sebab nanti kesemua jiran akan berkumpul untuk beramah mesra pada akhir sesi takbir.
Macam-macam Din buat untuk pastikan pelan berjalan lancar. Cuma biasalah, serapi mana pun perancangan, kadangkala ada perkara yang kita tak boleh jangka.
Di sinilah dapat dilihat betapa eratnya jalinan komuniti yang bekerjasama dalam mencari penyelesaian.
Nak tahu apa jadi dalam filem raya Perodua ‘Rumah Finale’? Jom tonton sama-sama di bawah. Gerenti Best!
Kembalikan tradisi dan semarakkan kemeriahan sambutan Aidilfitri!
Kalau anda nak tahu, tradisi ziarah takbir raya dilakukan selepas solat Isyak malam 1 Syawal dan disertai oleh kaum lelaki daripada pelbagai lapisan umur.
Untuk golongan kanak-kanak yang turut serta, inilah peluang mereka untuk mengutip duit raya di setiap rumah yang diziarahi.
Namun begitu, tradisi unik ini semakin dilupakan. Oleh sebab itu, Perodua ingin menyemarakkan kembali kemeriahan tradisi tersebut agar tidak hilang ditelan zaman.
Semoga filem pendek ‘Rumah Finale’ menjadi teladan buat kita semua kerana sifat saling bantu-membantu penting dalam kehidupan berjiran, agar silaturahim yang dibina kekal erat.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!