seismik

Parents, Jom Ketahui Cara Menyimpan Untuk Tabung Pendidikan Anak-Anak Dengan Lebih Mudah!

Lebih terjamin masa depan anak-anak lepas ini.

Cover image via Vecteezy & Smart Mockups (Disunting oleh SAYS)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Sebagai ibu bapa, sudah tentu mereka menginginkan masa depan anak-anak terjamin

Tidak dinafikan, kos sara hidup semakin hari semakin meningkat dan menuntut sumber kewangan yang tinggi bagi perbelanjaan seharian. Sebagai ibu bapa, pendidikan dan masa depan anak-anak adalah perkara utama yang dititik beratkan. Perancangan kewangan untuk anak-anak seawal usia adalah antara langkah terbaik bagi menjamin masa depan mereka kerana Andalah Superhero Anak Anda!

Selain berjimat dan menabung duit untuk anak-anak setiap bulan, sebenarnya ada lagi cara yang lebih efektif dan konsisten bagi mendisiplin kita membuat penabungan untuk supaya tabung pendidikan tinggi anak-anak.

Nak tahu bagaimana caranya?

Image via pxfuel

Tentunya dengan Simpan SSPN, banyak keistimewaan dan manfaat yang akan anda nikmati!

Jangan bimbang, Simpan SSPN kan ada. Anda boleh pilih sama ada ingin menabung di Simpan SSPN Prime atau Simpan SSPN Plus. Kedua-duanya adalah tabung pendidikan untuk masa depan anak anda.

Antara keistimewaan dan manfaat apabila menabung di Simpan SSPN:

- Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun
- Perlindungan takaful ke atas pendeposit
- Geran sepadan sehingga RM10,000
- Dividen kompetitif
- Patuh syariah
- Simpanan dijamin kerajaan
- Layak memohon pinjaman PTPTN

*Tertakluk kepada terma dan syarat

Image via ptptn.gov.my

Tunggu apa lagi? Jom simpan tabung pendidikan anak anda di Simpan SSPN sekarang!

Untuk pengetahuan anda, Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2023 merupakan salah satu program yang telah dirangka dan dilaksanakan oleh PTPTN bermula tahun 2018 lagi sebagai salah satu program bagi mempromosikan produk Simpan SSPN sebagai pilihan utama masyarakat untuk membuat penabungan di samping menikmati keistimewaan dan manfaat yang disediakan.

Istimewa Oktober nanti, sempena BMS 2023 pelbagai aktiviti dan hadiah menarik menanti anda sepanjang BMS 2023 yang akan berlangsung dari 28 September hingga 31 Oktober 2023. Menariknya penganjuran BMS 2023 kali ini akan dilaksanakan menerusi konsep jelajah (road tour) dengan merentasi 14 buah negeri di lokasi terpilih seluruh Malaysia. Ayuh datang beramai-ramai meriahkan lagi BMS 2023!

Image via ptptn.gov.my

Jom Jadi Superhero Anak Anda!

Info lanjut mengenai BMS 2023 layari:  https://www.ptptn.gov.my/BMS2023/

@saysseismik

Kecik-kecik tak boleh pegang duit banyak? Siapa kata? Boleh je buat simpanan melalui Simpan SSPN untuk masa hadapan nanti. Banyak keistimewaan dan manfaat yang anda boleh dapat bila menabung dengan Simpan SSPN ni tau! Tak perlu susah-susah beratur di kaunter untuk buka akaun tau sekarang. Muat turun je aplikasi myPTPTN untuk perkhidmatan yang lebih mudah, cepat dan selamat. Semua hanya di hujung jari je! Istimewa untuk bulan Oktober nanti, jangan lepaskan peluang untuk sertai pelbagai aktiviti sepanjang Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2023 yang akan berlangsung dari 28 September hingga 31 Oktober ini. BMS 2023 akan merentasi 14 negeri dan banyak hadiah menarik menanti anda. Jom Jadi Superhero Anak Anda! Info lanjut di :https://www.ptptn.gov.my/BMS2023/ #BMS2023 #WorldSavingsDay #SimpanSSPN #PeluangKejayaanAnda

original sound - saysseismik - saysseismik

Buat pembukaan atau penambahan deposit Simpan SSPN!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik