seismik

Tidak Perlu Terbang Jauh, Syurga Beli-Belah Pasar Vietnam Bakal Dibuka Di Malaysia!

Pasar Vietnam ini dijangka akan dibuka pada Mac 2020.

Cover image via Vit Daily

Pasti ramai yang setuju bahawa Vietnam merupakan syurga dunia terutamanya buat kaum wanita. Kenapa? Sebab boleh shopping!

Buat mereka yang pernah ke Vietnam pasti akan singgah untuk membeli-belah di pasar-pasar di sana seperti Ben Thant Market, Cho Binh Tay Market dan Nguyen An Ninh Street kerana harga barangan jualannya yang sangat murah.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Vietnam Travel

Menariknya di sana, kita bukan sahaja akan rambang mata melihat barangan jualan tetapi siap boleh tawar-menawar lagi untuk mendapat harga paling minimal. Wow!

Selain itu, bagi yang berminat untuk menampah baju mengikut stail dan citarasa, tempahan boleh dibuat di sana dan yang paling mengujakan, pakaian anda boleh siap dalam masa sehari!

Namun begitu, selepas ini tidak perlu lagi pergi jauh untuk membeli belah kerana sekitar Mac tahun hadapan, Malaysia bakal membuka Pasar Vietnam yang pertama di negara!

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Vit Daily

Perkara itu telah diumumkan dalam satu majlis di Ho Chi Minh City, seperi yang dilaporkan agensi berita Vietnam (VNA).

Selain itu, Presiden Kumpulan Safuan Malaysia Tan Sri Matshah Safuan berkata Pasar Vietnam di Kuala Lumpur itu bakal menjadi pusat perdagangan terbesar pertama, hasil kerjasama antara kedua-dua negara.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Vit Daily

"Ia diwujudkan berikutan permintaan barangan dan perkhidmatan Vietnam di Malaysia. Pasaran itu akan berfungsi sebagai jambatan untuk meningkatkan eksport barangan Vietnam ke Singapura, Thailand dan pasaran lain di ASEAN,” katanya kepada Bernama.

Pasar ini bakal dibuka di bangunan Safuan Plaza, Kuala Lumpur

Image via Melancong

Difahamkan juga, pasar berkenaan bakal menghimpunkan pelbagai jenis perniagaan seperti produk pertanian, makanan laut, kraftangan, pakaian, kosmetik dan banyak lagi produk Vietnam, selain menjadi lokasi untuk firma Vietnam mengembangkan operasi di Malaysia.

Pasar Vietnam ini dikatakan bakal mempunyai 200 ruang kedai. Yay, seronoklah nak ber-shopping sakan lepas ni!

Image via Tenor

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: