seismik

Pelanggan Tak Keluar Rumah, Ramai Kesian Tengok Rider Ini Kena 'Sidai' Dalam Hujan Lebat

Apa motif customer tu order makanan tapi tak nak ambil? Cannot brain.

Cover image via @naddyross (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pekerjaan sebagai penghantar makanan mungkin nampak remeh di mata sesetengah orang, namun sebenarnya ia mendatangkan banyak risiko kepada rider

Bukan saja pening kepala melayan kerenah pelanggan yang bukan-bukan, malah perlu meredah hujan dan panas tanpa mengira waktu. Semuanya demi mencari rezeki yang halal.

Sama seperti sebuah video yang tular di TikTok ini apabila seorang rider terpaksa menunggu pelanggan di depan rumah dalam keadaan hujan lebat telah menyentuh hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@naddyross

guys tolong la kalau order makanan time hujan tu ade common sense la sikit utk alert korang punya makanan tu dah out for delivery ke ape . semoga abang tu murah rezeki .

original sound - 1%

Customer tak buka pintu, tak pasal-pasal kena 'sidai' dalam hujan lebat

Menerusi perkongsian video daripada @naddyross, kelihatan dia merakam rider itu yang sedang menunggu pelanggannya membuka pintu untuk mengambil makanan yang telah dipesan.

Namun, setelah menunggu beberapa selama lima minit, pelanggan itu masih tidak membuka pintu rumahnya. Gadis itu yang kebetulan nampak rider tersebut kesian melihat keadaannya yang sudah basah kuyup.

"Aku tak sampai hati tengok dia hon-hon sambil sorok-sorok phone dia nak call customer dalam hujan. Aku buka gate, aku keluar dengan payung aku suruh dia berteduh dulu bawah bumbung rumah aku," katanya.

"Terima kasih kak bantu kawan seperjuangan saya. Semoga kak dipermudahkan segala urusan dunia akhirat" - Netizen

Ikutan tularnya video berkenaan yang kini telah mendapat 1.1M views, 93.7K likes dan 1K shares di TikTok, rata-rata netizen turut meluahkan pendapat masing-masing mengenainya.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tak faham betul kenapa masih ada customer macam ni. Cuba letak diri kita dekat rider tu, mesti kita pun sakit hati kan? :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: