seismik

Pembaca Berita Nightline TV3, Raymond Goh Disahkan Meninggal Dunia Pagi Tadi

Turut berdukacita. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga.

Cover image via TV3 Malaysia & Malay Mail

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penyampai berita terkenal, Raymond Goh atau nama sebenarnya, Mohd Zaman Goh disahkan meninggal dunia hari ini

Image via TV3 Malaysia

Menurut Buletin TV3, berita pemergian Allahyarham Goh yang meninggal dunia pada jam 10.43 pagi tadi dimaklumkan oleh ahli keluarganya.

Isteri Allahyarham Goh, Faridah Teh berkata solat jenazah akan diadakan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur selepas solat Asar dan arwah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Terdahulu pada 30 Ogos, media melaporkan Goh dalam keadaan kritikal dan menjalani rawatan di sebuah hospital di Petaling Jaya selepas diserang strok

Allahyarham terkenal sebagai penyampai berita Nightline TV3 dan sudah berkhidmat dalam dunia penyiaran sejak lebih 30 tahun lalu. Beliau juga banyak mengajar orang ramai dalam teknik pengucapan.

Image via Malay Mail

Takziah kami ucapkan kepada keluarga arwah atas pemergian Allahyarham Raymond Goh. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. Amin.

You may be interested in: