seismik

Pemilik FamilyMart Akan Tamatkan Hubungan Dengan Firma Pertahanan Israel Ekoran Isu Boikot

Perkara itu telah dimaklumkan FamilyMart Malaysia di akaun Instagram milik mereka.

Cover image via FamilyMart Malaysia

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

FamilyMart hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa anak syarikat induknya akan menamatkan memorandum perjanjian dengan sebuah syarikat pertahanan Israel berikutan gesaan untuk memboikot kedai serbaneka Jepun itu

Kenyataan itu dibuat selepas rakyat Jepun menggesa orang ramai untuk memboikot FamilyMart baru-baru ini.  Usaha memboikot itu telah mendapat sambutan netizen Indonesia dan Malaysia apabila mereka bersama-sama memuat naik foto demonstrasi rakyat Jepun di hadapan ibu pejabat syarikat Penerbangan Itochu.

Di hujung kenyataannya itu, FamilyMart Malaysia menegaskan bahawa mereka tidak menyumbang atau menderma atau berurusan dengan Israel

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SEISMIK:

You may be interested in: