Peminat Bising Park Seo-joon Muncul 3 Minit Je Dalam Filem 'The Marvels'. Mana Cukup!
Tayangan selama 105 minit dan dia hanya muncul buat seketika.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Buat julung kalinya bintang popular Korea, Park Seo-joon telah muncul membintangi sebuah filem antarabangsa iaitu 'The Marvels' yang membuatkan ramai teruja
Menurut sumber, pelakon popular Korea Selatan itu muncul dalam imej komposit pada poster antarabangsa rasmi 'The Marvels' bersama pelakon utama seperti Brie Larson, Teyonah Parris, Iman Vellani dan Samuel L. Jackson. Dia juga mempunyai poster secara solo.
Pelakon yang berusia 34 tahun itu, Park memainkan watak sekutu Kapten Marvel dan kekasihnya, Prince Yan, dikatakan hanya muncul di skrin tidak sampai tiga minit.
Ramai yang bising dan kecewa kerana 'The Marvels' mempunyai masa tayangan selama 105 minit dan dia hanya muncul buat seketika.
“Saya fikir dia adalah salah seorang watak utama. Saya tidak percaya kemunculannya hanya mengambil tempoh masa yang sama yang diperlukan untuk memasak mi segera.
Bagaimanapun, Park tidak kisah dengan masa skrin yang singkat, sebaliknya melihat pada impak watak yang dibawanya secara kesuruhan
"Semasa penggambaran babak tersebut, saya cuba lebih fokus untuk mempamerkan emosi watak yang diperlukan dengan baik.
"Saya rasa Aladna dan Putera Yan adalah sosok yang penting untuk menunjukkan perkembangan Carol Danvers. Mungkin ada yang menganggap peranan saya dalam filem terlalu pendek, tetapi saya percaya ia memainkan peranan penting dalam keseluruhan naratif The Marvels," katanya.
Saksikan klip kemunculannya di dalam filem tersebut di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!