Pemuda Baik Hati Belanja Keluarga Ini Makan, Rindu Ahli Keluarga Sudah Tiada Akibat Covid
Semoga murah rezeki awak.
Ahli keluarga adalah insan yang sangat penting dalam hidup kita
Tanpa sokongan dan dorangan daripada mereka, tidaklah kita boleh berjaya sehingga ke hari ini. Sudah tentu pemergian ahli keluarga sangat menyedihkan buat kita, tambahan lagi dengan yang betul-betul kita rapat.
Jika berjauhan, rasa rindu itu pasti datang dan mahu pulang ke rumah bukan? Homesick lah katakan.
Namun, tular sebuah video di TikTok ini memaparkan seorang pemuda baik hati belanja keluarga ini kerana teringat akan ahli keluarganya telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Rindu dekat ahli keluarga yang sudah tiada
Menerusi video tersebut, seorang wanita semasa itu sedang makan di sebuah kedai bersama dengan ahli keluarganya.
Namun, tiba-tiba seorang lelaki datang untuk membayar semua makanan mereka itu. Difahamkan, dia berbuat demikian adalah kerana rindu akan ahli keluarganya yang sudah tiada akibat Covid-19.
Malah, lebih menyedihkan lagi kini hanya tinggal dia seorang saja. Mereka juga dilihat turut menyapa pemuda itu sehingga membuatkan dia menitis air mata.
"Kadang-kadang bukan tak reda ujian Allah tapi rindu itu yang menyakitkan" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bersimpati atas nasib yang menimpanya. Ada juga yang faham akan situasinya itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.1M views, 289.2K likes dan 4,312 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!