“Golongan Muda Malaysia Pilih Kahwin Lambat & Anak Sikit” - Posting Ini Terima Komen Ramai
Barang pun banyak naik sekarang.
Seperti yang umum tahu, peningkatan harga barangan sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada kita
Kesemuanya naik begitu mendadak kerana ekonomi yang tidak menentu. Sudah tentu, kita perlu berjimat cermat dalam menghadapinya.
Bukan senang nak hidup di zaman ini. Tambahan lagi jika ada anak yang ramai. Pasti ia juga menjadi seperti beban. Iyalah, barangan anak-anak bukannya murah, malah ia jauh lebih mahal dari yang disangka.
Baru-baru ini, tular sebuah posting memaparkan topik mengenai golongan muda memilih kahwin lambat dan anak sedikit telah menjadi perhatian ramai.
Lihat posting itu di bawah:
Dakwa ramai mahu fokus kerjaya dulu berbanding mendirikan rumah tangga
Menerusi posting tersebut, kelihatan akaun itu berkongsi mengenai kenyataan daripada salah seorang pakar yang mendakwa golongan muda di Malaysia memilih untuk berkahwin lambat dan mempunyai anak sedikit.
Malah, difahamkan ia juga menyebut tentang memiliki anak yang sedikit menjadi trend di negara-negara maju yang menjadi ikut-ikutan masyarakat di negara-negara membangun. Disebabkan itu, ramai generasi muda terpengaruh dengan trend berkenaan.
Posting itu ternyata telah mendapat perhatian netizen di Twitter yang memberikan pelbagai reaksi mengenainya.
Lihat sambungan thread itu di bawah:
"Trend apa benda. Orang tak ada pilihan. Karang anak jatuh sakit nak bagi ubat apa, makan tanah je ke" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pandangan mereka masing-masing mengenai isu tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 505 retweets, 672 quotes tweets dan 807 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!