Pemuda Cina Ini Buktikan Mampu 'Survived' Di Kuala Lumpur Dengan Belanja RM10 Sehari
Wow, RM10 boleh kenyang seharian ya.
Pada zaman kini, kos hidup bagi kita yang menetap di tengah bandar sememangnya sangat tinggi
Dengan kadar gaji bulanan yang tidak begitu mewah, memang susah sebenarnya nak survive dengan harga makanan yang turut meningkat.
Jadi, amalan berjimat-cermat perlulah diterapkan dalam kehidupan seharian jika kita tidak mahu gaji habis dengan cepat.
Baru-baru ini, tular sebuah video seorang pemuda berbangsa Cina menunjukkan dia hanya berbelanja RM10 untuk sarapan, makan tengah hari dan malam telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Cuma guna sekeping duit RM10 untuk belanja seharian
Menerusi video yang dimuat naik oleh @overeatmy, kelihatan pemuda tersebut mencabar dirinya dengan hanya berbelanja RM10 untuk membeli sarapan, makan tengah hari dan makan malam.
Dalam rakaman itu, dia membeli nasi lemak RM1 untuk sarapan, maggi cup RM2 untuk makan tengah hari dan nasi berlauk RM6.60 untuk makan malam.
Ternyata, kesemua makanan itu berharga hanya RM9.60 saja. "And I call this challenge a success. Actually I thought it was impossible, but I guess not," katanya.
"I would buy 10 nasi lemak for whole day haha" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 836.5K views, 77.8K likes dan 604 shares di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenainya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!