seismik

“Nampak Sama” - Pemuda Ini Kongsi Bapanya Tertukar Sabun Basuh Pinggan Dengan Planta

Aduh makin berminyak lah nanti pinggan!

Cover image via @afifiechan (TikTok) & 100 comments

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sabun basuh pinggan bukan saja terdiri daripada cecair, malah ada juga yang berbentuk pepejal di dalam bekas

Pelbagai jenama sabun basuh pinggan yang ada di pasaran kini. Pilih je mengikut cita rasa anda, asalkan dapat basuh pinggan dengan bersih. 

Namun begitu, tular video di TikTok baru-baru ini tentang seorang ayah yang tertukar sabun basuh pinggan dengan Planta mencuri tumpuan netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Basuh pinggan guna Planta sebab ingatkan sabun pencuci pinggan

Menerusi video berkenaan, salah seorang anak yang dikenali sebagai Afifie sedang merakam situasi di singki dapur. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia memberitahu bahawa ayahnya tertukar sabun pencuci pinggan jenama Axion dengan Planta kerana rupa bentuknya yang sama. 

Lantas dia berkata, habislah tak jadi nak masak Nasi Briyani disebabkan Planta itu sudah diletakkan air. 

"Kena double wash la pinggan-pinggan yang dah dibasuh tu" - Netizen

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat ayahnya yang tertukar sabun pencuci pinggan dengan Planta. Malah, ramai yang menyakat supaya basuh balik pinggan yang telah dicuci tadi. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya meraih 273K tontonan, 15K tanda suka dan 328 komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Kelakarlah, sampai bila pun tak habis sental pinggan mangkuk tu! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Ikuti tip-tip di bawah ini:

You may be interested in: