Penangan BTS! Peminat Beratur Panjang Di Cawangan Maybank Demi Kad Debit Edisi Terhad
Kad tersebut mula ditawarkan secara rasmi di cawangan Maybank terpilih di seluruh negara hari ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Barisan beratur panjang kelihatan di beberapa cawangan Maybank di seluruh Malaysia hari ini, 23 September, apabila peminat berpusu-pusu untuk mendapatkan kad debit edisi terhad BTS WORLD TOUR ARIRANG
Kad tersebut mula ditawarkan secara rasmi di cawangan Maybank terpilih di seluruh negara hari ini dan berdasarkan gamabr serta video yang dikongsikan dalam talian, ramai peminat dilihat sanggup beratur untuk mendapatkannya.
Sebahagian peminat telah pun berkongsi gambar kad baharu mereka di media sosial selepas berjaya mendapatkannya.


View on Threads
Hanya 60 keping kad disediakan setiap hari di setiap cawangan yang terlibat
Kad-kad ini disediakan dalam kuantiti yang terhad, jadi peminat yang ingin mendapatkannya di cawangan disarankan untuk tiba lebih awal.


Cawangan yang terlibat adalah:
- Bukit Bintang
- Mid Valley
- Cawangan Utama KL (Menara Tun Perak)
- Dataran Maybank
- Cawangan Utama Petaling Jaya
- Cawangan Utama Shah Alam
- Cawangan Utama Pulau Pinang (Kesatuan Lebuh)
- Cawangan Utama Ipoh (Jalan Sultan Idris Shah)
- Cawangan Utama Kuantan (Jalan Sultan Abdullah)
- Cawangan Utama Johor Bahru (City Square)
- Karamunsing (Bangunan Maybank)
- Cawangan Utama Kuching
Penat beratur? Anda juga boleh mendapatkannya secara dalam talian mulai 28 September
Pemegang kad debit Maybank sedia ada yang tidak sempat mendapatkan kad tersebut di cawangan boleh memohon penggantian melalui Maybank2u mulai 28 September.
Bayaran penggantian sebanyak RM12 dikenakan untuk pemegang kad sedia ada.
Kad edisi terhad ini merupakan sebahagian daripada kerjasama Maybank bersempena dengan siri jelajah dunia BTS yang akan datang, WORLD TOUR ARIRANG.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via