seismik

Pencarian Ratu Cantik 'Miss Secretary Malaysia 2024' Kini Dibuka Sehingga 31 Mac Ini

Jom daftar, mungkin anda bakal ratu cantik yang dicari!

Cover image via Rosa Riuscita

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam dunia di mana kesaksamaan jantina dan pemerkasaan wanita menjadi tumpuan utama, pertandingan Ratu Cantik Miss Secretary Malaysia 2024 muncul sebagai platform yang mampu untuk meraikan dan menaikkan semangat wira-wira dunia korporat yang sering tidak didendang iaitu para setiausaha dan pembantu peribadi

Bertemakan “Perpaduan dalam Kepelbagaian: Memperkasakan Wanita dalam Dunia Korporat”, pertandingan itu meraikan kepelbagaian budaya Malaysia sambil mengetengahkan peranan penting wanita dalam memupuk perpaduan, inovasi dan kemajuan dalam persekitaran korporat.

Ia mempamerkan kekuatan, daya tahan dan semangat kolektif wanita- wanita Malaysia, menggalakkan persefahaman silang budaya, kerjasama dalam pengurusan koporat dan pertumbuhan inklusif untuk semua.

Rosalinda Busrah

Image via Rosa Riuscita

Pertandingan Ratu Cantik ini yang dijadualkan berlangsung di Havana Dining yang terletak di atas tingkat teratas (rooftop) Kompleks NuSentral Mall di KL Sentral bakal menjadi platform untuk kemajuan peribadi dan profesional golongan wanita.

“Pertandingan Ratu Cantik Miss Secretary Malaysia 2024 bukanlah sekadar satu pertandingan ratu cantik am, bahkan ia adalah platform untuk memperkasa, menyuntik inspirasi, dan meraikan pencapaian wanita dalam dunia korporat," tambah Rosalinda Busrah, seorang bekas Ratu Cantik di Malaysia dan juga wakil RosaRiusCita yang menguruskan pertandingan ini.

“Melalui bimbingan, bengkel pembangunan profesional, dan inisiatif penglibatan komuniti, kami berhasrat untuk memupuk generasi baharu pemimpin wanita yang mampu memacu perubahan positif dalam organisasi dan komuniti mereka."


Pendaftaran untuk Miss Secretary Malaysia 2024 kini dibuka sehingga Sabtu, 31 Mac 2024

Individu yang berminat dan kini bekerja sebagai setiausaha atau pembantu peribadi di mana- mana organisasi, berumur 25 tahun ke atas adalah dipelawa untuk memohon. 

Proses pendaftaran memerlukan para pemohon untuk menghantar satu video ringkas biodata diri, lima gambar digital yang mempamerkan pemohon menggayakan pelbagai fesyen pakaian, dan butiran peribadi.

Acara separuh akhir dijadualkan akan berlangsung selama sehari merangkumi bengkel petua kecantikan, sesi bimbingan, ceramah motivasi, dan penghargaan, di mana peserta akan menerima sijil penyertaan dan baucar spa atau alat solek percuma bernilai RM500. 

Para peserta yang terpilih ke Peringkat Separuh Akhir akan menyertai acara tersebut pada Sabtu, 20 April 2024, di HRC SkyLounge yang terletak di tingkat teratas (rooftop) NuSentral Mall di KL Sentral. Pada acara ini, seramai 15 finalis akan dipilih untuk mara ke peringkat akhir yang dijadualkan berlangsung pada 28 April 2024, di Havana Dining NuSentral Mall.

Image via Rosa Riuscita

Pertandingan Ratu Cantik Miss Secretary Malaysia 2024 bukan sekadar pameran kecantikan sahaja, tetapi bakal menonjolkan keupayaan dankejayaan para setiausaha dan pembantu peribadi sebagai duta korporat, sambil menekankan kepintaran profesional, kebanggaan budaya dan komitmen mereka terhadap kecemerlangan. 

Pertandingan ini juga bakal memperkasakan wirawati-wirawati korporat ini yang secara tidak langsung menjadi pemimpin yang memacu perubahan positif di tempat kerja dan komuniti.

Para peserta pertandingan ratu cantik ini akan dinilai secara menyeluruh merangkumi profesionalisme, kemahiran kepimpinan, kesedaran budaya, advokasi, kebolehan komunikasi, persembahan peribadi dan integriti. 

Pertandingan itu mengenal pasti wanita yang berdedikasi untuk mempromosikan kesaksamaan jantina, pertukaran budaya dan impak sosial.

Dengan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk memperkasakan wanita dan mempromosikan kepelbagaian, pertandingan Ratu Cantik Miss Secretary Malaysia 2024 komited untuk memberi pengalaman yang transformatif, memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk pemimpin organisasi korporat yang akan membentuk masa depan dengan keanggunan, kecerdasan, dan keazaman yang tidak berbelah bahagi untuk mencipta dunia yang saksama dan inklusif.

Untuk maklumat lanjut dan butiran pendaftaran, sila layari www.rosariuscita.com!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: