seismik

Kenyataan "Penduduk Tak Perlu Pindah Kerana Rumah Boleh Tutup Pintu" Itu Fitnah - MB Johor

Kenyataan yang pendek itu juga yang dipetik.

Cover image via TODAY Online

506 mangsa dirawat dan 43 sekolah ditutup, itulah kesan daripada pencemaran bahan kimia yang berlaku di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor

Image via gpsbestari.com

Sejak Khamis lalu, 7 Mac 2019, penduduk di Pasir Gudang telah digemparkan dengan berita pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim.

Selepas seminggu, Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian memaklumkan bahawa keadaan kini terkawal dan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di kawasan berkenaan

Image via malaymail.com

Walau bagaimanapun, kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang bertanggungjawab membuang bahan kimia ke sungai sehingga mengakibatkan berlakunya pencemaran sisa kimia yang menjejaskan alam sekitar dan penduduk setempat.

Namun tanpa disangka, telah tular pula kenyataan Datuk Osman yang mengatakan “tidak perlu pindah penduduk kerana rumah boleh ditutup pintu”, malah kenyataan ini turut menjadi tajuk berita

Beberapa portal berita tempatan didapati mengeluarkan laporan dan mengambil kesempatan menjadikan kenyataan itu sebagai tajuk berita mereka. Walaupun wawancara bersama Datuk Osman Sapian berlangsung selama lebih 30 minit semalam, kenyataan itu juga yang dipetik sebagai headline.

Salah satu contoh

Image via Facebook

Malah, sebuah portal berpengaruh turut melaporkannya dan artikel tersebut telah mendapat lebih daripada 4,200 shares dalam masa yang singkat di Facebook.

Image via Facebook

Datuk Osman Sapian dalam status terbaru di Facebook telah menegaskan bahawa kenyataan tersebut adalah tidak tepat dan tidak menggambarkan keseluruhan penjelasan mengenai situasi semasa

Beliau juga menganggap penularan ini ternyata berniat jahat, tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk memburukkan nama beliau.

Selain itu, beliau turut menjelaskan lebih terperinci tentang situasi sebenar dan memberi sebab mengapa tiada keperluan untuk memindahkan penduduk buat masa sekarang.

Baca kenyataan penuh di bawah:

KENYATAAN MEDIA

Merujuk kepada paparan petikan tajuk berita yang sedang ditularkan di media sosial kononnya Menteri Besar Johor mengeluarkan kenyataan “tidak perlu pindah penduduk kerana rumah boleh ditutup pintu”.

Ingin ditegaskan bahawa kenyataan tersebut adalah tidak tepat dan tidak mengambarkan keseluruhan penjelasan mengenai situasi semasa dan keperluan memindahkan penduduk.

Penilaian yang dibuat oleh Jawatankusa Pengurusan Bencana Negeri mendapati kawasan sekolah dikategorikan sebagai kawasan berisiko tinggi setelah mengambil kira struktur bangunan yang terbuka manakala orang awam yang tinggal di kawasan perumahan yang lebih tertutup dan terlindung pula paling kurang terdedah kepada risiko pencemaran.

Rupabentuk struktur bangunan antara kegunaan awam seperti sekolah (tinggi dan terbuka) dengan rupabentuk premis peribadi seperti rumah menjadi faktor penting bagaimana kawalan boleh dilakukan dari merebaknya pencemaran.

Image via bharian.com.my

Justeru berdasarkan laporan serta nasihat daripada agensi yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini, satu tindakan proaktif telah diambil serta pemantauan secara rapi, maka Jawatankuasa Bencana Negeri mendapati tiada keperluan untuk memindahkan penduduk memandangkan keadaan adalah terkawal. Namun demikian, langkah-langkah pencegahan dan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, hendaklah dipatuhi oleh orang ramai.

Merujuk kepada paparan mengenai laporan kenyataan tersebut, secara jelas dan sememangnya tidak masuk akal malah penularan paparan ini ternyata berniat jahat, tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk memburukkan nama YAB Menteri Besar serta memberi gambaran yang salah mengenai kedudukan situasi ini.

Pejabat Menteri Besar Johor
14 Mac 2019

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga:

Leave a comment