seismik

Penjara Anwar: 11 Reaksi Dari Netizen, Isteri Saiful Bukhari Dan Barisan Pemimpin Negara

Isu Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara 5 tahun mendapat pelbagai reaksi dari pemimpin tempatan.

Cover image via rappler.com

Mahkamah Persekutuan semalam menolak rayuan sabitan kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan bukti ‘jelas’ bahawa bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari telah diliwat tujuh tahun lalu

Dengan keputusan ini, Anwar, 67, boleh hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen (MP) Permatang Pauh mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa seorang anggota Parlimen akan hilang kelayakan jika dia dihukum penjara lebih daripada dua tahun, atau didenda lebih daripada RM2,000.

keadilandaily.com

Susulan daripada itu, ramai orang meluahkan pendapat berhubung keputusan tersebut. Baca semuanya di bawah:

1. Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee: Anwar sepatutnya dipenjara selama 11 tahun. Tempoh 5 tahun terlalu singkat.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Image via mkini.net

"Seharusnya Anwar menerima hukuman penjara sekurang-sekurangnya 11 tahun penjara angkara perbuatan meliwat. Ini termasuklah tindakannya yang mencemar badan kehakiman negara ini."

"Saya mahu menasihatkan orang ramai dan penyokong tegar Anwar khususnya agar menerima hakikat keputusan mahkamah yang mendapati beliau bersalah kerana meliwat Saiful Bukhari."

"Keputusan yang dibuat mahkamah tiada ada kena mengena dengan konspirasi atau campur tangan politik langsung. Hakim sendiri sudah menjelaskan bahawa bekas pembantu Anwar adalah saksi yang berkredibiliti, jadi terimalah hakikat Anwar meliwat."

"Keputusan yang dibuat oleh barisan panel hakim adalah telus dan berintegriti. Mahkamah juga bebas dan tidak tunduk kepada mana-mana tekanan politik dalam menentukan hukuman terhadap Anwar," tegasnya.

astroawani.com

2. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang: Satu lagi sejarah hitam buat negara. Kemaraan Dato' Seri Anwar Ibrahim telah dipasung dari terus menjadi pejuang rakyat.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Image via www.kualalumpurpost.net

"Hari ini menjadi satu lagi sejarah hitam negara, mengulangi tragedi sama pernah ditanggung beliau sebelum ini. Untuk itu, rakyat perlu melihat bahawa kemaraan dan konsisten politik Dato' Seri Anwar Ibrahim telah dipasung dari terus menjadi pejuang rakyat."

"Ia juga mengingatkan kita semua, hanya Undang-undang Syariah sahaja dapat memberi keadilan sebenar dan penyelesaian terhadap seluruh kekeliruan dan fitnah sebagaimana kes ini."

Maka, perlunya semua pihak memberi keyakinan kepada PAS untuk membawa perjuangan hingga berdaulatnya Undang-undang Syariah di dalam pemerintahan negara. Oleh itu, perlunya kita bersatu-padu secara penuh harmoni dalam kemajmukan, agar menjadi kuat untuk teguh menumbangkan BN," kata Hadi.

harakahdaily.net

3. Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed: Solat hajat pun tidak akan mengubah nasib Anwar. Kenapa mereka begitu taksub?

Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Image via thestar.com.my

Jazlan menyifatkan tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahu mengadakan solat hajat setelah penghakiman dijatuhkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'menolak takdir'.

"Kalau dia buat solat hajat pun, ia tidak akan mengubah nasib Anwar Ibrahim. Kalau dah berlaku bermakna ia sudah ditakdirkan, jika mereka lakukannya untuk meminta dia dibebaskan bermakna mereka menolak takdir. Saya fikir mereka tidak hormat pada sistem kehakiman kita yang membuat keputusan dengan cara berkecuali."

"Anwar sekarang sudah tidak ada hubungan emosi dengan rakyat, orang-orang muda sudah tidak kenal Anwar. Mereka sengaja hendak menaikkan emosi rakyat... rakyat sudah tidak minat," katanya.

Nur Jazlan turut mempersoalkan mengapa anggota-anggota PKR begitu taksub dengan Anwar. Beliau menyifatkan ketaksuban PKR itu sebagai satu ketandusan politik kerana pada mereka tiada lain melainkan Anwar.

astroawani.com

4. Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah: Anwar pesan supaya terus tabah. Saya tidak kata yang kami kuat tetapi kami mendapat kekuatan daripada rakyat.

Nurul izzah (kiri) bersama ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah.

Image via therakyatpost.com

Wan Azizah berkata beliau dan keluarganya akan meneruskan perjuangan parti walaupun mereka terpaksa berdepan dengan saat sedih dan tragik ini.

"Alhamdulillah, ini salah satu daripada perjuangan kami, mungkin sedikit pengorbanan daripada saya, anak-anak dan cucu. Anwar pesan (kepada saya) supaya terus tabah."

"Saya tidak kata yang kami kuat tetapi kami mendapat kekuatan daripada rakyat dan sokongan," katanya.

bernama.com

5. Isteri Saiful Bukhari, Nik Suryani Megat Deraman: Syukur dakwaan suami saya didengar dan diadili sewajarnya. Perjalanan kami masih jauh.

Isteri Saiful Bukhari, Nik Suryani Megat Deraman.

Image via medan-info-kita.blogspot.com

“Sedih suami saya maka sedihlah saya. Gembira suami saya begitu juga saya. Syukur dakwaan suami saya didengar dan diadili sewajarnya. Yang pasti, saya lega apabila Mahkamah Persekutuan mengesahkan dakwaan suami saya itu benar dan beliau seorang saksi 'credible'."

“Perjalanan kami masih jauh. Walaupun ada kesukaran dalam kami mencari rezeki, berurusan dengan orang, kami percaya Allah tidak akan menzalimi hambaNya. Apa yang penting kini adalah untuk kami ke hadapan meneruskan hidup."

“Terima kasih kepada seluruh keluarga kami, sahabat, rakan media, sahabat blogger, rakyat Malaysia yang ikhlas menyokong perjuangan suami saya Saiful Bukhari Azlan, Allah sahaja mampu membalasnya,” luah Nik Suryani.

hmetro.com.my

6. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali: Keputusan itu tidak akan melemahkan semangat Pakatan Rakyat untuk menamatkan era pemerintahan BN.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Image via www.themalaysianinsider.com

"PR akan terus mengukuhkan hubungan antara parti dengan melaksanakan program-program yang akan diaturkan."

“Sebagai contoh mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat akan berlangsung malam ini (semalam) manakala mesyuarat Majlis Presiden pula akan diadakan dalam tempoh terdekat."

“Keputusan itu tidak akan mematahkan semangat pimpinan PR untuk melakukan perubahan kepada politik negara dan menamatkan era pemerintahan Barisan Nasional,” katanya.

therakyatpost.com

7. Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin: Perjuangan pembangkang selama ini pun bukan perjuangkan rakyat tetapi perjuangkan Anwar. Mereka tidak ada tokoh lain yang berkaliber besar.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin.

Image via freemalaysiatoday.com

“Saya nyatakan keyakinan kepada ketua hakim terhadap keadilan mereka bahawa mereka telah membuktikan bahawa mereka menjunjung kedaulatan undang-undang bukannya atas dasar politik."

“Saya harap orang-orang dari pakatan pembangkang akan kembali kepada Barisan Nasional (BN) kerana penyokong Anwar ini pun ramai yang terdiri daripada penyokong UMNO."

“Selain Anwar, tidak ada lagi yang berkaliber besar dalam politik pembangkang kerana perjuangan pembangkang selama ini pun bukan perjuangkan rakyat tetapi perjuangkan Anwar dan kini, pembangkang telah kehilangan orang yang boleh menjamin mereka," katanya.

therakyatpost.com

8. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu: Ketua Pembangkang hari ini bukan lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi Tun Dr Mahathir kerana beliau yang paling lantang mengkritik kerajaan.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Image via bm.selangorku.com

Beliau berkata, ia berikutan bekas Perdana Menteri itu dilihat lantang mengkritik kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang, berbanding PR sendiri.

“Sekarang Umno pula jadi masalah bila yang veteran lawan yang muda. Sebab itu, ketua pembangkang di Malaysia sekarang adalah Tun Mahathir dan bukan lagi Anwar sebab dia yang banyak kecam Najib."

“Sekarang bos yang disanjung sejak 20 tahun lalu, kini dia yang paling mahu Najib berhenti. Kalau kita lihat di laman web dan Twitter Tun Mahathir, banyak yang dia hentam Najib,” katanya.

sinarharian.com.my

9. Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim: Saya percaya kedua-dua pihak telah diberi keadilan secukupnya. Semoga Anwar tabah menghadapi dugaan.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Image via mole.my

“Saya percaya kedua-dua pihak telah diberi ruang secukupnya untuk memberi hujah dan keterangan kepada mahkamah. Saya harap keputusan hari ini adalah berdasarkan kepada semua fakta, bukti keterangan dan hujah."

"Jika tidak, keputusan ini akan menjadi satu penghinaan kepada sistem kehakiman negara. Saya berdoa kepada Allah SWT semoga keluarga saudara Dato’ Seri Anwar Ibrahim diberi kekuatan dalam menempuh dugaan yang mencabar ini," kata Khalid.

anwaraidc.com

10. Penyokong Barisan Nasional: Yang bersalah tetap bersalah, terimalah hakikat. Kalau puak mereka yang menang lain pula ceritanya.

Image via SAYS.com
Image via SAYS.com

11. Penyokong Pakatan Rakyat: Betapa murah nilai sebuah mahkamah. Bersamaan dengan harga satu punggung yang tak dibasuh tiga hari.

Image via SAYS.com

Apa pula pendapat anda? Kongsikan bersama kami pada ruangan komen di bawah.

JUGA DI SAYS:

You may be interested in: