seismik

"Bukan Tekanan" - Ibu Mangsa Penuntut Malaysia Yang Maut Di Sydney Gesa Hentikan Spekulasi

Pelajar tersebut merupakan pelajar di bawah tajaan MARA.

Cover image via Harian Metro

Pada 6 Ogos 2019, Selasa, seorang penuntut Malaysia yang melanjutkan pelajaran ke Sydney, Australia dikatakan telah meninggal dunia akibat terjatuh dari pangsapuri yang didiami

Amirul Ashraff

Image via Harian Metro

Menurut laporan, mangsa yang dikenali sebagai Amirul Ashraff Md Azhar, 22, merupakan seorang penuntut tahun akhir Ijazah Kejuruteraan Mekatronik di University Technology of Sydney.

Bapanya, Md Azhar, berkata dia telah dimaklumkan bahawa anaknya itu terjatuh dari pangsapuri yang terletak 5 kilometer dari universiti anaknya

Gambar sekadar hiasan.

Image via Front Desk

Bapanya telah dihubungi oleh pegawai Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Australia sendiri pada 4 petang, semalam, 6 Ogos untuk dimaklumkan bahawa anaknya itu telah tergelincir dari tingkat 23 dari apartment 27 tingkat yang didiami oleh mangsa dan enam rakan yang lain.

Jenazah turut ditempatkan di hospital untuk proses bedah siasat. Beliau turut berharap supaya jenazah mangsa dapat dibawa pulang secepat mungkin untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Assam Kumbang, Taiping, Perak.

"Harapan keluarga" - Ibu mangsa turut menjelaskan bahawa anaknya itu merupakan harapan keluarga dan pernah menjadi 5 pelajar terbaik ketika belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)

Image via Harian Metro

Sampai hari ini, jejak langkah arwah telah diikuti oleh adik-adiknya.

Bapa mangsa berkata dalam perbualan telefon bersama anak sulungnya itu, mangsa ada memaklumkan bahawa dia gagal lima mata pelajaran namun tidak menyuarakan kekecewaan atau tekanan

Selepas memaklumkan kepada ayahnya bahawa dirinya telah gagal lima mata pelajaran, mangsa kemudiannya memberitahu akan membuat rayuan kepada pihak MARA untuk mengambil semula subjek yang gagal itu.

“Dia tidak nyatakan kekecewaan atau tekanan akibat kegagalan itu dan kami sekeluarga yakin kejadian adalah disebabkan kemalangan seperti yang dilaporkan pihak berkuasa negara berkenaan.”
Md Azhar Abdullah, bapa arwah

Oleh itu, keluarga arwah juga berharap supaya orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi negatif yang boleh mengguris hati keluarga mereka. Ia termasuklah berkongsi gambar-gambar arwah ketika kemalangan, menganggap bahawa kononnya kematian arwah adalah disebabkan tekanan daripada kegagalan lima subjek pembelajaran dan sebagainya.

Di saat ini, keluarga mereka memerlukan sokongan yang positif setelah apa yang menimpa anak sulung kesayangan mereka itu. Selain itu, keluarga arwah turut menolak tawaran MARA untuk terbang ke Sydney bagi melihat dan menuntut jenazah kerana mereka masih lemah dan terkejut dengan berita ini.

Mereka sekeluarga akan setia menunggu jenazah untuk dibawa pulang ke Malaysia.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berita terkini hanya di SAYS Seismik:

Leave a comment