Penyewa Durjana Tinggalkan Rumah Macam Neraka, Terus 'Block' Pemilik Dan Hilangkan Diri
Susah nak 'settle' ni.
Lumrah menjadi pemilik rumah sewa untuk menemui sikap penyewa yang bermacam ragam
Pemilik tidak boleh mendambakan sesuatu yang sempurna daripada penyewa kerana setiap orang memiliki sikap dan perangai yang berbeza.
Jika penyewa mempunyai sikap yang bagus, maka mudahlah untuk pemilik berurusan dengan mereka. Namun, ada juga segelintir penyewa yang bersikap tidak bertanggungjawab dan tidak pernah peduli tentang keadaan rumah.
Penyewa sebegini selalunya akan menganggap bahawa rumah yang mereka duduki itu bukan rumah mereka. Jadi, tanggungjawab untuk menjaga rumah itu tidak dipikul dengan penuh amanah.
Tapi untuk satu kes ini pula, tidak salah kami rasa jika kami kategorikannya sebagai "next level".
Sudahlah tidak menjaga rumah, pemilik juga kena block dan tak boleh langsung nak hubungi penyewa setelah mereka meninggalkan rumah.
Seorang pengguna Facebook, Ziera Rahman melaporkan satu kes penyewa luar biasa yang terpaksa beliau tempuhi baru-baru ini.
Menurutnya, penyewa tersebut dengan sewenang-wenangnya menghantar mesej untuk memberitahu mereka meninggalkan kunci di dalam rumah. Dan selepas itu, mereka terus block talian supaya pemilik tidak boleh menghubungi mereka dan menghilangkan diri tanpa dikesan.
Ziera yang berasa tidak sedap hati pada ketika itu segera pergi periksa keadaan rumah.
Seperti yang beliau jangka, rumah yang disewakan itu berada dalam keadaan bagaikan neraka.
Rumah yang diserahkan dalam keadaan baik kini jahanam.
Baca perkongsian penuh Ziera Rahman di bawah:
Bila penyewa mesej kuar umah cm tu je.. just msg kata kunci letak dlm rumah pastu trus block tel kita.. hati rasa tak sedap, bila tgk rumah aduhaiiiiiiii org jenis apa duk umah ni.
Selama ni kalo penyewa lain sewa, bila dieorg kuar kami suami isteri boleh je cuci umah sdiri...tapi kali ini iera surender.. tak selera aku tgk toilet cm ni.. penyewa ni jenis tak basuh toilet ke... dah berkahwin dah ada anak takkn kotor cm ni.
Toilet satu hal, singki blh bengkok ni apa cite bai.. apa awk buat leh bengkok sampai cm ni. Mozek kat dinding pun byk cabut. Kiteorg mmg tak pernah nk check umah sbb nak jg privasi penyewa..tup2 umah jadi cm ni. Dah la rumah sebelum bg sewa kita cat lawa2. Tak kisah tinggal umah kotor sbb kita faham takkn pas angkut brg awk nk kemas..tp bila brg2 umah byk rosak tu sakit hati.. satu lg banggg oiii, kepala paip pun bwk lari ke??
Dah la si suami Sabri Amran baik hati sewa tak pernah2 naik..deposit pun amik 1 bulan je sbb taknk bebankn pyewa. Tup2 org wat cm ni mmg rs nk marah. Duit deposit umah tak dpt lgsg nk cover rosak.
Skrg masalahnya penyewa ni dah lari.. tak dpt dicari. Kalo esok dia masih berdiam wlupun kita dh msg dia, tindakan susulan akan diambil. Sebab agreement semua ada.. fb pyewa pun tlh kita jumpa.. hope pyewa ni kuar dr lubang tikus dan munculkn diri.
#silamunculdiri
#penyewapengotor
#penyewalari