seismik

Bagi Mereka Yang Semangat Nak Berperang Tu, Korang Tahu Ke Perang Tu Apa?

Perang: Yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu.

Cover image via SAYS

Hubungan tegang yang melanda Malaysia dengan Korea Utara sekarang agak menakutkan. Apa sahaja boleh berlaku dalam masa terdekat ini.

Bila bercakap mengenai isu ini, ramai pula yang membuat anggapan awal sekiranya isu ini tidak diselesaikan dengan baik, mungkin perang akan berlaku. Ada yang betul-betul serius bercerita mengenainya dan ada juga yang menjadikannya sebagai lawak jenaka. Ya Allah, minta jauhlah semua tu.

Image via Astro Awani

Tapi tak kurang juga ada yang bersemangat untuk berperang sekiranya ia benar-benar terjadi. Berani betul nampaknya mereka ni?

Menjawab persoalan itu, seorang pengguna Facebook, Mohd Aiman Bin Mohd Amir telah bercerita mengenai definisi perang yang sebetul-betulnya.

Apa benar kita sudah cukup bersedia?

Gambar sekadar hiasan.

Image via malayazoom.blogspot.com

Krisis Malaysia vs Korea Utara

Bagi mereka yang bersemangat nak perang tu, korang tau ke perang tu apa? Perang bukan main2 macam dalam wayang tu.

Kesan perang ni macam-macam..anak jadi yatim, isteri jadi balu, mak jual anak, anak jual bapak, melacur nk beli roti, trauma, penyakit, miskin, pelarian, kebulur..the list goes on, semua jenis masalah yang tak kau imagine ada, akan kau terpaksa tanggung nanti.

Satu lagi kita akan berperang dgn kuasa nuklear ni, dah bersedia nak hadapi keturunan kau lahir cacat sebab kesan radioaktif?

facebook.com

Hanford Site, United States of America. Salah satu kawasan pencemaran radioaktif paling teruk di bumi.

Image via www.syngt.com

Belum kira kuasa2 besar yang dok menunggu utk masuk campur bila dah teruk hancur nanti..sebab nk sedut minyak kita untuk bayar service mereka mengamankan kembali malaysia yang takkan aman sampai bila2 kalau dah start perang.

Dan jangan lupa bila kuasa2 besar dah masuk akan ada 'musuh' kuasa2 besar ni mcm isis dan al qaeda akan datang berkumpul sekali kat sini sebab nak lawan kuasa besar tu pulak..kau nk lawan korea utara, end up family kau kena bom dengan isis..how fucked up is that?

facebook.com
Image via m.tempo.co

Yang kaya, taukeh2, datok2 yang ada rumah peranginan di europe sana kau ingat diorang nak stay n fight kat sini? I can bet you diorang dah start packing barang2 dan duit2 diorang dah sekarang ni nak lari..jadi siapa yang tinggal? Kita ni la si miskin yang tak apa2 ni, si petani, si nelayan , si penoreh ni la yang akan tinggal dan tanggung semua.

Kita bising bila negara kita banyak pendatang, banyak pelarian..tapi bila satu hari nanti ditakdirkan kita pulak jadi pelarian..mana kau nk lari? Thailand? Myanmar? Kau igt dorg suka ke?

DS Najib, please dont invite war to our doorstep.

Perang : yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu.

Aku dah rasa perang, and im ready for it
Are you?

facebook.com

Jadi apakah anda bersedia?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi di SAYS:

You may be interested in: