seismik

Kalau Perempuan Ada Ijazah, Rugi Ke Dia Pilih Untuk Jadi Housewife?

Untuk mendapatkan ijazah pasti memakan masa yang lama dan memerlukan wang yang banyak bagi menampung kos pembelajaran. Tapi akhir sekali, jadi suri rumahtangga?

Cover image via Utusan

Satu tweet yang dikeluarkan oleh @tumbukrusuk atau Abu Maryam telah tular di laman sosial Twitter dan menjadi perbualan ramai netizen

Tweet yang membicarakan tentang wajarkah wanita menjadi suri rumahtangga walaupun mempunyai ijazah pendidikan. Adakah ianya sesuatu yang merugikan?

Manakan tidak, untuk mendapatkan ijazah bukan sahaja memakan masa yang lama bahkan memerlukan wang ringgit yang banyak bagi menampung perbelanjaan sepanjang tempoh pembelajaran yang mana semua ini berbeza bergantung kepada kursus apa yang diambil wanita tersebut.

Image via Google

Walaupun begitu, wanita itu memilih untuk menjadi seorang suri rumah demi menjaga anak-anak.

Perkongsian tweet itu mendapat hamir 3 ribu retweets dan rata-rata pengguna Twitter menyampaikan pendapat masing-masing.

Sudah menjadi lumrah, setiap isu yang dibicarakan ada yang menyokong dan ada juga yang membidas. Antara pendapat yang dikeluarkan pengguna Twitter:

Sebenarnya tidak ada jawapan yang betul mahupun salah dalam persoalan ini, semuanya bergantung kepada individu itu sendiri

Bahkan terdapat sesetengah wanita yang tidak memilih untuk menjadi suri rumah tetapi terpaksa atas desakan kehidupan masing-masing atau kerana mahu menjaga sendiri anak-anak yang masih kecil.

Disebabkan itu, ramai wanita yang berpendidikan tinggi sekali pun, sanggup berkorban meninggalkan kerjaya profesional mereka.

Image via Google

Akan tetapi sekiranya memilih untuk menjadi suri rumah merupakan kemahuan dan keputusan wanita itu sendiri, maka pendapat orang lain tidak perlu diambil perhatian kerana lain orang lain pandangan, masalah dan matlamat hidup.

Namun begitu, perbincangan mendalam perlu dilakukan di antara pasangan suami isteri demi memastikan keadaan masa depan mereka sekeluarga sentiasa terkawal lebih-lebih dengan keadaan ekonomi negara ini sendiri yang ada pasang surutnya.

Image via Google

Bukan sahaja dari segi kewangan, tetapi dari segi mental, fizikal dan emosi wanita itu juga sangat penting untuk dipertimbangkan kerana sekiranya terdapat lopong dalam sudut itu, yang menjadi mangsa adalah anak-anak. Oleh itu, fikir dengan teliti sebelum membuat sebarang keputusan.

Apa pendapat anda?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Suami ini kongsi pengalaman menjadi 'penanggung tunggal' kewangan keluarga:

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: