seismik

10 Perkara Yang Kita Suka Sangat Setiap Kali Hari Raya Tiba

Setiap tahun, inilah perkara-perkara wajib yang paling kita suka semasa Hari Raya. Kalau salah satunya tak ada, Hari Raya tak akan sempurna.

Cover image via SAYS.com

1. Cuti panjang

Image via starrforce.com

Bila raya datang, cuti pun panjang! Walaupun kerajaan dah bagi dua hari cuti free, kita akan tambah lagi dua tiga hari cuti supaya dapat sambut raya lama sikit. Minda kita akan terasa bebas daripada bebanan kerja, stres di pejabat, kesesakan jalan raya yang kita kena tempuh setiap hari, dan bebas daripada makian boss. Hari Raya adalah masa untuk bergembira!

2. Dah tak payah puasa

Image via gifsoup.com

Mengaku sajalah, kita semua happy Syawal tiba sebab kita dah tak perlu berpuasa bukan? Tak perlu lagi bangun sahur pukul 5 pagi, tak perlu lagi menahan lapar dan dahaga, dan tiada lagi irama keroncong dalam perut. Tapi satu benda saja yang tak best, bila Ramadan habis, bazar Ramadan setiap petang pun tiada.

3. Balik kampung

Kalau tiada Hari Raya, mungkin agak payah untuk kita jenguk sanak saudara di kampung. Jadi, inilah masa terbaik untuk kita amalkan budaya kunjung-mengunjung bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim. Perasaan seronok semasa balik kampung pun mesti dirasai. Walaupun lebuh raya semua sesak dengan kenderaan. kita tetap sanggup tempuh berjam-jam demi bertemu keluarga tercinta di kampung.

4. Baju baru, kasut baru, semua baru!

Walaupun poket sedikit nipis setiap kali Hari Raya, hati kita akan berasa riang dan gembira sebab dapat pakai baju baru, seluar baru, kasut baru, dan banyak lagi benda baru. Bukan itu saja, hiasan rumah pun banyak yang baru. Daripada langsir, alas meja, perabot, permaidani, dan macam-macam lagi. Ada juga yang beli kereta baru.

5. Duit Raya

Tak kiralah sama ada pemberi atau penerima, masing-masing merasakan inilah salah satu perkara yang mesti ada sewaktu menyambut Hari Raya bersama sanak saudara. Rasa macam tak complete kalau tak ada duit Raya. Kan? Boleh bayangkan tak sambut Hari Raya tapi langsung tak ada duit Raya. Macam mana tu?

6. Makanan, makanan, dan makanan!

Selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan, bulan Syawal hadir dengan pelbagai makanan yang menjadi idaman kita semua. Kadang-kadang makanan ini hanya dapat kita rasa setahun sekali. Rendang, ketupat, lemang, sate, lodeh (atau lontong), dodol, wajik, dan aneka kuih raya mesti kena ada. Kalau tak ada, bukan raya lah namanya!

7. Open house

Image via SAYS.com

Ya, lagi satu sebab kenapa kita suka sangat Hari Raya. Dengan makanan yang sedap-sedap ditambah lagi dengan openhouse yang kawan-kawan dan saudara mara adakan, Hari Raya akan jadi lebih meriah. Rasa macam tak sah kalau tak pergi rumah terbuka. Maklumlah, ini saja masa yang paling sesuai untuk berjumpa dengan kenalan yang dah lama tidak bersua.

8. Family time

Image via postmetro.net

Harus diakui, ramai yang berasa agak sukar untuk dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama ahli keluarga pada bulan-bulan lain. Tetapi berbeza pula ketika Hari Raya. Kita akan berkumpul bersama seluruh ahli keluarga, daripada sepupu, atuk, nenek, sehinggalah ke kenalan jauh yang lain. Indahnya sungguh di Hari Raya!

9. Masa dengan kawan-kawan

Image via imgarcade.com

Masa Hari Raya juga, kita turut tidak melepaskan peluang untuk meluangkan masa dengan sahabat handai. Yang dah bertahun-tahun tak jumpa tiba-tiba boleh muncul semula, silap-silap siap datang dengan 'pakej' anak bini ataupun suami. Masa ini juga kita akan buat banyak roadtrip dengan kawan-kawan semata-mata nak pergi openhouse rumah rakan yang agak jauh. Sememangnya perkara sebegini susah nak dapat pada bulan lain.

10. Banyak filem baru muncul di kaca TV

Image via plus.google.com

Sesetengah orang menjadikan alasan ini untuk tidak pergi menonton wayang. Ini kerana setiap kali Hari Raya, mesti banyak filem baru yang muncul. Kalau tak pergi beraya sekalipun, raya tetap tidak terasa bosan dengan kehadiran pelbagai program menarik di televisyen. Pilih saja nak tengok yang mana.

Bukan itu saja, meriahkan lagi Hari Raya anda tahun ini dengan TIGA BELAS filem percuma dari XPAX khas untuk pengguna #MagicSIM. Macam mana nak dapatkan?

Image via www.xpax.com.my

Raya ini, semua pelanggan #MagicSIM dapat menyambut perayaan dengan pilihan filem percuma hebat yang dibawa kepada anda secara eksklusif oleh pek prabayar yang terbaik masa kini.

Jadi, duduk, rehat, dan nikmati filem menarik seperti Superman Returns, American Sniper, Lemak Kampung Santan, Ocean’s Eleven, Main Hoon Na, Agneepath, Hobbit Battle of 5 Armies, Annabelle, The Rite, Inception, Ra One, A Nightmare On Elm Street, dan Yuuvraj and Arcana.

Cara-caranya:

1) Pelanggan #MagicSIM akan menerima kod filem percuma melalui SMS.

2) Tebus filem anda di www.CelcomEscape.com.

3) Pilih filem dan masukkan nombor telefon anda beserta dengan kod filem percuma.

4) Nikmati filem anda!

Image via www.xpax.com.my

Masih belum memiliki #MagicSIM? Sertai XPAX sekarang dan dapatkannya hari ini untuk internet PERCUMA lebih daripada yang lain dengan ganjaran besar setiap bulan!

Image via youtube.com

Kepada yang masih belum tahu tentang #MagicSIM boleh dapatkan info DI SINI: