seismik

Pernah Terdetik Untuk Tamatkan Riwayat, Fadlan Hazim Dedah Dia Sering Didera Ketika Kecil

Tak sangkanya :(

Cover image via Instagram @fadlanhazim

Masalah tekanan mental dan perasaan bukanlah suatu perkara yang boleh dianggap remeh

Image via Harian Metro

Gangguan mental ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa dan agama.

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyumbang kepada perkara ini. Antaranya termasuklah mengalami masalah perhubungan dengan orang sekeliling, masalah di tempat kerja, pernah didera dari segi emosi dan fizikal dan banyak lagi.

Sejujurnya, golongan yang mengalami masalah ini perlu diberikan bantuan dan tidak sepatutnya disisihkan oleh masyarakat.

Tanpa kita sedari, seorang selebriti tanah air juga sebenarnya turut mengalami masalah yang serupa

Selebriti yang dimaksudkan itu adalah pelakon yang pernah popular dengan drama Papa Ricky, Fadlan Hazim.

Dalam satu hantaran terbaru yang dibuat olehnya di Instagram, pelakon ini berkata dirinya telah menyembunyikan masalah gangguan mental yang dialami dan mengelak daripada berjumpa dengan pakar sejak dahulu lagi kerana menyangka bahawa dirinya akan pulih.

Bercerita lebih lanjut mengenai masalah yang dialami olehnya itu, Fadlan berkata dia pernah menjadi mangsa dera ketika masih kecil sehingga memberikan kesan yang negatif terhadap dirinya

Image via The Star

Memetik laporan, pelakon ini mendakwa bahawa dia telah didera dari segi emosi dan fizikal sehingga pada akhirnya membuatkan dirinya kadang-kala bertindak agresif serta lebih gemar untuk menyendiri.

Malah apa yang lebih menyedihkan, Fadlan juga mendedahkan bahawa dia pernah terfikir untuk menamatkan riwayatnya akibat daripada tekanan yang dialami.

"Sejak kecil saya sudah menjadi mangsa dera. Perbuatan itu memberi kesan negatif ke atas emosi. Saya datang dari keluarga porak-peranda dan situasi itu merumitkan lagi keadaan.

"Sehingga hari ini, saya masih dihantui kenangan silam. Ada ketika, saya akan bersikap agresif. Ada waktu, saya lebih gemar menyendiri.

"Malah, saya pernah terdetik untuk menamatkan sahaja riwayat ini kerana tidak mampu lagi menahan beban," katanya.

Fadlan berkata tujuan dia mendedahkan masalah yang dialami itu ketika ini adalah untuk memberikan pengajaran selain untuk mendapatkan rawatan

Image via Google

"Orang yang rapat dengan saya menyuruh saya mendapatkan rawatan secara profesional. Tetapi saya bersikap endah tak endah dengan saranan mereka itu.

"Namun semakin dibiarkan, keadaan diri saya menjadi semakin buruk sehingga hampir menjejaskan kerjaya lakonan. Sudah tiba masanya saya mendapatkan khidmat profesional untuk merawat penyakit saya ini," katanya.

Marilah sama-sama kita doakan yang terbaik buat pelakon ini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Artikel berkaitan:

More stories to read: