seismik

[VIDEO] Lihat Dan Dengar Pesanan Selebriti #NegaraKru Dalam Menentukan Masa Depan Negara

Setiap warganegara mempunyai satu tanggungjawab yang sama.

Cover image via SAYS

Dengan bahang #PRU14 yang semakin hangat, kempen #NegaraKru dibentuk bagi menyebarkan vibe yang positif di arus media digital

Kempen #NegaraKru bertujuan untuk mencakna pengguna media digital, terutamanya anak muda bagi memupuk rasa cinta dan bangga menjadi seorang rakyat Malaysia.

Kempen ini juga mengetengahkan suara-suara selebriti terkenal serta influencers golongan belia yang turut serta menyebarkan gelombang positif ini.

1. Dayang Nurfaizah

Penyanyi kebanggaan Malaysia yang merupakan anak jati Sarawak ini menggesa pemuda di luar sana untuk mengundi dan jangan sesekali mempertaruhkan masa depan negara.

Beliau juga berkata kemanan yang telah kita peroleh ini merupakan sebab untuk beliau berkarya dan berkongsi lebih kepada semua rakyat Malaysia. 

2. Caprice

Anak muda kelahiran Kuala Lumpur ini tidak asing lagi dalam media sosial kerana melakukan pelbagai kempen kesedaran termasuklah kempen anti-buli.

Beliau juga turut berkata, "Let's go undi bro, takkan nak bising kat social media je?"

Jadi, jomlah pergi mengundi! 

3. Shuib Sepahtu

Nama yang tidak asing lagi dalam industri komedi negara ini juga melahirkan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.

Dalam video ini, beliau sempat lagi berjenaka tetapi mesej pengakhirannya sangat memberi impak, dimana beliau menegaskan yang negara ini hanya ada satu maka buatlah pilihan yang terbaik untuk negara yang lebih makmur! 

Inginkan lagi mesej yang penuh inspirasi dari artis terkenal tanah air serta influencers media sosial? Layari YouTube #NegaraKru untuk lihat banyak lagi kandungan video menarik.

Together, Let's Hebatkan Negaraku!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lihat video ini pula:

You may be interested in: