PETRONAS Grand Prix Malaysia 2024 Tarik Lebih 184,000 Pengunjung, Ini Antara Momen Menarik
Sebagai rekod, PETRONAS merupakan penaja utama bagi Kejuaraan Motosikal PETRONAS Grand Prix Malaysia yang berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang baru-baru ini.
Peminat MotoGP™ di Malaysia mendapat peluang bertemu pelumba kegemaran mereka dalam sesi Meet & Greet di Menara Berkembar PETRONAS KLCC, Kuala Lumpur baru-baru ini
Dengan ribuan peminat sukan permotoran dari dalam dan luar negara, perlumbaan MotoGP™ utama meriah dengan aksi berintensiti tinggi apabila Francesco Bagnaia merampas kemenangan dalam perlumbaan sengit menentang pendahulu mata, Jorge Martin, sekali gus meningkatkan persaingan kejuaraan dengan hanya satu pusingan lagi yang tinggal.
Selepas permulaan yang huru-hara dengan kemalangan Binder-Quartararo menyebabkan permulaan semula, Bagnaia melonjak ke hadapan, menuntut kemenangan kesepuluhnya musim ini. Enea Bastianini dan Alex Marquez turut menyertainya untuk mendominasi empat teratas oleh Ducati.
Kemalangan dramatik Marc Marquez ketika berada di tempat ketiga menambah lebih banyak kejutan kepada pertarungan sengit yang benar-benar mencetuskan suasana tegang.
PETRONAS merupakan penaja utama bagi Kejuaraan Motosikal PETRONAS Grand Prix Malaysia (MotoGP™) di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (PSIC)
Sepanjang #MalaysianGP berlangsung, PETRONAS turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik, cabaran dan pentas acara untuk orang ramai dan pengunjung merasai sendiri pengalaman #SPEEDPHORIA.
Di PETRONAS Pavilion, pelbagai aktiviti dan pengalaman perlumbaan sempena ulang tahun ke-50 jenama tersebut disediakan untuk para pengunjung yang hadir.
Ini termasuk pertunjukan pentas dan pertandingan menarik yang menampilkan busker, selebriti, dan rakan kongsi seperti Hot FM, yang menjemput para hadirin untuk menyertai aktiviti menyeronokkan dengan peluang untuk memenangi hadiah.
Terdapat juga beberapa bahagian pengalaman di mana para pengunjung dapat merasakan keseronokan perlumbaan MotoGP™, seperti sudut perlumbaan maya yang membolehkan peserta bersaing antara satu sama lain, simulator latihan perlumbaan, dan permainan multi-sentuh dan banyak lagi.
Di tengah-tengah Pavilion pula terdapat Infinity Centre yang mempamerkan bagaimana PETRONAS telah berada di barisan hadapan dalam memajukan pembangunan perlumbaan motosikal sepanjang tahun
Melalui ruang sudut pameran pula, PETRONAS menampilkan beberapa panel dengan info menarik tentang bagaimana mereka menjadi peneraju dalam memacu pembangunan perlumbaan motosikal selama ini, termasuklah kerjasama sukan sehingga program pembangunan bakat baru.
Contohnya, PETRONAS sangat komited untuk menyokong agenda pembangunan negara Malaysia melalui sokongannya terhadap perlumbaan motorsports peringkat akar umbi dan pembangunan bakat tempatan. Ini jelas terbukti melalui kerjasama mereka dengan Pasukan PETRONAS MIE Racing Honda, yang diakui sebagai penyumbang utama kepada ekosistem motorsports Malaysia.
Dua pelumba wildcard negara hangatkan suasana PETRONAS Grand Prix Malaysia 2024!
Menerusi kerjasama PETRONAS MIE Racing Honda Team, bakat tempatan seperti Helmi dan Super KIP diberikan peluang keemasan untuk bertanding dalam Moto2™ di Kejuaraan Motosikal PETRONAS Grand Prix Malaysia (MotoGP™) di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (PSIC) menerusi tiket wildcard.
Helmi Azman, bintang baharu yang sedang mencuri perhatian, berjaya mempamerkan prestasi hebat dalam Kejuaraan Idemitsu FIM Asia Road Racing 2024. Helmi menduduki tempat ke-5 terbaik secara keseluruhan untuk kelas Supersports 600cc.
Prestasinya sepanjang musim jelas menunjukkan dedikasi dan kemajuan diri sebagai pelumba, menjadikannya pesaing berbahaya buat kesemua perlumba lain.
Nama Khairul Idham Pawi atau lebih dikenali sebagai Super KIP sudah tidak asing lagi, beliau dianggap sebagai salah satu bakat terunggul dalam sukan permotoran Malaysia, mencipta sejarah sebagai pelumba Malaysia pertama yang menang perlumbaan Grand Prix dalam kategori Moto3™, kemenangan luar biasanya di Grand Prix Argentina serta Grand Prix Jerman pada tahun 2016.
Kini, Helmi dan Super KIP kembali untuk beraksi dalam kategori Moto2™ dan berpeluang untuk sekali lagi menunjukkan kemahiran hebatnya di tanah air pada Kejuaraan Motosikal PETRONAS Grand Prix Malaysia.
Sebagai penaja program Wildcard, PETRONAS membuka ruang bagi pelumba-pelumba Malaysia untuk mempamerkan bakat mereka di persada antarabangsa khususnya di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang.
Menerusi kerjasama PETRONAS MIE Racing Honda Team, ia memberi peluang kepada pelumba seperti Helmi dan Super KIP untuk bertanding di tanah air dengan sokongan peminat setia dan menjadi kebanggaan negara.
Bukan sekadar penyertaan program Wildcard, PETRONAS komited untuk membina masa depan bakat tempatan yang mampan dengan terus mengenal pasti dan membimbing pelumba muda. Dengan komitmen ini, PETRONAS memastikan bakat baru tempatan mampu bersaing di puncak sukan permotoran dua roda—MotoGP™.
Untuk rekod, penglibatan PETRONAS dalam arena sukan permotoran bermula pada akhir 1990-an dan sejak itu terus menyokong pelbagai disiplin perlumbaan motosikal dua roda, daripada Cub Prix, World Superbike, Moto3™, Moto2™ dan MotoGP™.
Bermula dengan pelumba seperti Shahrol Yuzy, Hafizh Shahrin, Kasma Daniel dan ramai lagi pelumba-pelumba hebat dan berani. PETRONAS terus komited dan bersemangat untuk memajukan penyelesaian yang lebih baik untuk memberi manfaat kepada pelumba tempatan yang berpotensi dan juga rakan-rakan kongsinya.
Apabila bercakap tentang masa depan, PETRONAS mahukan legasinya dalam sukan permotoran dua roda di Malaysia terus gemilang. Dedikasi diteruskan untuk mencungkil bakat dan memacu prestasi, memastikan ia memberikan impak yang besar di pentas sukan permotoran global.
Terlepas perlumbaan hujung minggu? Anda boleh terus mengikuti perkembangan legasi PETRONAS dalam sukan permotoran dan inisiatif pembangunan di SINI!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!