Netizen Naik Berang Baca Perkongsian Tentang Hubungan Sejenis Ini. Geram Je!
Seriuslah!
Acap kali kita membaca perkongsian netizen mengenai masalah relationship mereka di media sosial
Selalunya bila kisah-kisah relationship ini dimuat naik, netizen akan berlumba-lumba untuk memberikan nasihat mereka. Malah ada juga yang akan mengimbau kembali saat mereka berada di dalam situasi tersebut dan memberikan jalan penyelesaian.
Satu perkongsian ini yang banyak mendapat cacian dan tentangan oleh pengguna Twitter yang lain
Kisahnya bermula apabila seorang individu berkongsi masalah yang dihadapinya bersama teman lelaki di mana dia melahirkan rasa tidak selesa kerana pasangannya sering cuba untuk 'ringan-ringan' sewaktu mereka berdua-duaan.
Bagaimanapun, di hujung kisah yang dikongsi oleh pengguna Twitter, Faiz Hamzah itu rupanya ada plot twist yang ternyata mengundang amukan ramai orang
Di ruangan komen, ramai yang tak habis fikir tentang perkara tersebut. Malah, ada juga yang ingin dikembalikan masa mereka yang terbuang selepas membaca perkongsian mengarut itu!