Polis Siasat Mesej Tular 'Edisi Siasat' Tentang Pembunuh Sebenar Zayn Rayyan Di Telegram
Moga ada keadilan buat adik Zayn Rayyan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Semalam 13 Jun 2024, telah tular di media sosial mengenai satu mesej 'bongkar' dari akaun Edisi Siasat melalui aplikasi Telegram
Di dalam mesej tersebut, akaun berkenaan didakwa telah ‘membongkar’ pembunuh sebenar kepada kes kematian Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Mesej itu dihantar dalam bentuk gambar yang menunjukkan kononnya merupakan kertas siasatan terhadap kes yang sedang hangat diperkatakan ramai ini.
Bermula dari Telegram, kepingan gambar 'kertas siasatan' itu menular di laman X dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman tersebut.
Oleh itu, suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyiasat penyebaran kertas siasatan kes kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin
Menurut laporan Sinar Harian, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pihak yang menyebarkan kertas siasatan tersebut boleh diambil tindakan kerana kes terbabit kini di peringkat mahkamah.
"Pihak yang memasukkan perkara seperti ini (kertas siasatan) dalam Telegram, tidak diketahui sama ada maklumat itu betul atau tidak, sama ada direka atau dibuat-buat.
"Oleh itu, pihak yang memasukkan isi kandungan (kertas siasatan) ini perlu diambil tindakan. Kita perlu bertindak adil dalam hal ini," katanya.
Selain itu, Fahmi juga meminta orang ramai agar tidak mendahului mahkamah dalam menghakimi kes tersebut sebaliknya memberi ruang PDRM dan mahkamah untuk menyelesaikan kes terbabit.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!