Cakap ‘Thank You’ Sampai 7 Kali, Influencer China Kagum Dengan Rakyat Malaysia
Dia juga memuji layanan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum sama ada Melayu, India atau Cina tempatan yang disifatkan sangat sopan dan menghormati orang lain.
Cover image via 9650547611 (Xiaohongshu)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang pempengaruh dari China meluahkan rasa kagum terhadap budaya masyarakat Malaysia yang disifatkan terlalu sopan sehingga ucapan 'terima kasih' boleh berulang kali disebut dalam satu perbualan
Menerusi video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai Zhi Zhi, dia berpendapat rakyat Malaysia dilihat sangat mudah mesra dan gemar mengucapkan terima kasih dalam hampir setiap interaksi harian.
Katanya, perkara yang paling membuatkan dia pelik pada awalnya adalah apabila orang tempatan turut membalas semula ucapan terima kasih yang diberikan kepadanya.

"Bila saya ucap terima kasih kepada mereka, selain jawab sama-sama, mereka akan balas semula dengan terima kasih kepada saya," katanya.
Dia turut berkongsi pengalaman lucu bersama jiran-jirannya di Malaysia apabila sesi berbalas ucapan terima kasih itu boleh berlaku berkali-kali.
"Contohnya bila jiran bagi sesuatu kepada saya, saya cepat-cepat ucap terima kasih. Lepas tu mereka pula balas terima kasih. Akhirnya kami saling berbalas ucapan itu beberapa kali," katanya sambil menganggap situasi tersebut sebagai sesuatu yang comel.
Menurut Zhi Zhi, pada awalnya dia tidak tahu bagaimana mahu memberi reaksi terhadap budaya tersebut, namun lama-kelamaan dia memahami bahawa ia lahir daripada sikap ikhlas dan sifat mesra masyarakat Malaysia
Dia juga memuji layanan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum sama ada Melayu, India atau Cina tempatan yang disifatkan sangat sopan dan menghormati orang lain.
"Mereka tidak menggunakan status sebagai orang tempatan, identiti atau kekayaan untuk membezakan darjat seseorang," ujarnya.
Tambahnya lagi, sepanjang berada di Malaysia, dia tidak pernah berdepan sebarang diskriminasi dan merasakan budaya masyarakat di negara ini cukup menyenangkan.
Di ruangan komen pula, seorang netizen menjelaskan bahawa rakyat Malaysia cenderung mengucapkan terima kasih sama ada ketika memberi atau menerima layanan kerana kedua-dua pihak dianggap wajar dihargai.
Lihat video di sini:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


