Gelagat Rider Hari Pertama Hantar Makanan Buat Netizen Terhibur, Belum Sampai Dah Call Pelanggan

Nasib baik dapat customer yang memahami.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Threads

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, seorang wanita mencuit hati netizen selepas berkongsi pengalaman menerima panggilan daripada seorang penghantar makanan yang membuatkan dia terpinga-pinga

Menerusi satu hantaran di Threads, wanita itu berkata dia pada mulanya berasa pelik apabila rider berkenaan menghubunginya untuk bertanyakan lokasi rumah.

Apa yang menghairankan, panggilan tersebut diterima terlalu awal seolah-olah penghantar itu sudah hampir tiba di hadapan rumahnya.

Selepas berbual seketika, barulah wanita itu mengetahui bahawa rider berkenaan sebenarnya baru pertama kali bekerja sebagai penghantar makanan.

Lebih menghiburkan, lelaki itu masih belum mengambil pesanan makanan di restoran, tetapi sudah menghubungi pelanggan untuk mendapatkan alamat rumah

Walaupun situasi itu agak mencuit hati, wanita tersebut tidak sedikit pun memarahinya.

Sebaliknya, dia memilih untuk menerangkan dengan tenang proses penghantaran yang sebenar, termasuk langkah yang perlu dilakukan sebelum menghantar makanan kepada pelanggan.

Reaksi spontan rider itu selepas diberi penjelasan membuatkan ramai netizen tidak dapat menahan ketawa kerana jelas menggambarkan rasa gugup seorang pekerja baharu yang masih kekok dengan tugas pertamanya.

Perkongsian itu pantas meraih perhatian pengguna media sosial, dengan ramai mengakui mereka juga mungkin akan melakukan kesilapan sama jika berada dalam situasi tersebut

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen bukan sahaja terhibur dengan gelagat rider berkenaan, malah memuji sikap penyabar wanita itu yang memilih untuk membantu daripada memarahi.

Antara komen netizen di Threads:

Lihat posting di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via