Hampir 1,000 Sertai Kempen Tonton Non Stop, On Top!, Rebut Hadiah Lebih RM700,000

Antara hadiah utama yang ditawarkan menerusi kempen tersebut ialah sebuah Nissan Kicks e-Power 1.2L VL dan sebuah GAC Emkoo 1.5L Turbo.

Enlarge text
Cover ImageCover image via TV3 Malaysia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kempen Tonton Non Stop, On Top! yang baru dilancarkan berjaya mencatat hampir 1,000 penyertaan dalam tempoh beberapa hari, sekali gus menunjukkan sambutan memberangsangkan daripada pelanggan TontonUp yang berlumba-lumba mengumpul mata bagi merebut pelbagai hadiah menarik

Kempen berkenaan menawarkan peluang kepada peserta untuk mengumpul mata menerusi penstriman kandungan terpilih sebelum menebus peluang memenangi hadiah keseluruhan bernilai lebih RM700,000.

Pusingan pertama kempen sedang berlangsung dari 15 Jun 2026 hingga 28 Jun 2026, di mana pelanggan boleh menambah kutipan mata dengan menonton kandungan yang ditetapkan, termasuk pelbagai drama vertikal Korea dan tempatan.

Antara hadiah utama yang ditawarkan menerusi kempen tersebut ialah sebuah Nissan Kicks e-Power 1.2L VL, sebuah GAC Emkoo 1.5L Turbo, dua unit TQ Wuling Bingo EV, 70 unit telefon pintar Oppo serta 1,120 baucar tunai Watsons bernilai RM108 setiap satu.

SAYS.com
Image via TV3 Malaysia

Bagi meningkatkan lagi keterujaan peserta, Tonton turut memperkenalkan ciri khas dikenali sebagai Turboost, yang membolehkan pelanggan memperoleh mata berganda apabila menstrim kandungan terpilih pada setiap hujung minggu

Bagi hujung minggu pertama kempen pada 20 dan 21 Jun lalu, lima judul telah dipilih untuk menawarkan mata berganda menerusi Turboost, iaitu Anugerah Tanpa Cahaya, Ayahanda, Menanti Yang Pasti, Switch dan Sori: Voice From the Heart.

Selain itu, pelanggan juga boleh memperoleh mata bonus menerusi pembelian Tonton Subscription Gifts untuk keluarga atau rakan-rakan. Langganan hadiah selama tiga bulan menawarkan 100 mata bonus, manakala langganan selama 12 bulan memberikan 400 mata bonus.

SAYS.com
Image via TV3 Malaysia

Kempen ini dilihat sebagai antara inisiatif ganjaran penstriman terbesar di Malaysia tahun ini dengan gabungan hiburan dan peluang memenangi hadiah bernilai tinggi.

Layari www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton untuk menyertai kempen Tonton Non Stop, On Top! hari ini.

Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti kami di Facebook, Twitter, TikTok, dan Instagram di @tontonmy.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik