Jururawat Seram Sejuk Bila Loceng Katil Pesakit Tiba-Tiba Berbunyi – “Padahal Patient Tak Ada Pun”
Alamak, dia ajak bergurau pulak ya.
Cover image via @nzmimie_ (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang jururawat berkongsi detik seram apabila dia diganggu ketika sedang bertugas baru-baru ini
Menerusi video yang dimuat naik di laman Threads, jururawat itu berkata bulu romanya terus naik selepas mendengar bunyi loceng katil pesakit tidak berhenti.
"Tengah2 kira stock dengan member tiber bunyi bell. Patient takde langsung tau. Tiber bulu roma aku terus naik. Tempat korang ade horror? Biasa dia kacau korang waktu bila & dekat department mana?" tulisnya.

Susulan tularnya video tersebut, ramai turut berkongsi pengalaman seram mereka di hospital
Ada insiden di mana pesakit ditolak keluar oleh jururawat yang tidak wujud sehingga ke ruangan lobi dan ditinggalkan keseorangan.
Ada juga yang berkata ada 'misi extra' yang tolong tengokkan pesakit di bilik isolasi.
Berikut di bawah adalah komen daripada netizen di Threads:




Lihat Threads di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


