Masjid Damansara Perdana Naik Angin, Pemilik Kereta Degil Boleh Kena Denda RM500 – “Masjid Bukan Parking Spot Percuma”
Ramai pula yang ambil kesempatan ya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Isu parkir sesuka hati di pekarangan masjid akhirnya sampai ke kemuncak apabila Masjid Damansara Perdana tampil memberi amaran keras kepada penduduk sekitar yang didakwa menjadikan kawasan ibadah itu sebagai 'parking percuma'
Menerusi satu hantaran Threads oleh Ahli Lembaga Tadbir (Wakil Kariah) masjid berkenaan, Muhammad Faeez Harith menjelaskan bahawa kemudahan parkir yang disediakan untuk jemaah kini semakin kerap disalah guna oleh individu tidak bertanggungjawab.
Menurut beliau, walaupun pintu masjid dibuka 24 jam bagi tujuan ibadah, rehat dan iktikaf, ada segelintir pihak mengambil kesempatan dengan meninggalkan kenderaan untuk tempoh lama semata-mata mahu mengelakkan bayaran parkir atau kesesakan di kawasan perumahan.
Antara kawasan yang menjadi perhatian pihak pengurusan termasuk:
- Flora Damansara
- D'Cosmos
- D'Vine
- D'Vervain
- D'Erica
- D'Cloverz
serta beberapa kawasan pembangunan berhampiran.
"Tolong jangan salah guna keterbukaan masjid untuk kesenangan peribadi anda.
"Tetapi sesuka hati parkir dalam kawasan masjid ibarat kawasan masjid tempat parkir awam, ini biadab," tegasnya.

Lebih mengecewakan, tindakan tersebut didakwa menjejaskan hak jemaah sebenar yang hadir untuk menunaikan solat dan menghadiri aktiviti keagamaan
Susulan itu, pihak pengurusan memperkenalkan tindakan lebih tegas berkuat kuasa serta-merta:
- Kena clamp tayar: denda minimum RM50
- Parkir lebih satu malam: denda RM200
- Parkir berterusan: kenderaan akan ditunda dan pemilik perlu bayar kos tunda serta denda RM500
Pihak masjid turut menegaskan mereka tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan selepas tindakan tunda dilakukan.
Perkongsian tersebut pantas mencetuskan perdebatan dalam kalangan warga maya. Ada yang menyokong tindakan tegas itu demi menjaga hak jemaah, namun tidak kurang juga yang berharap lebih banyak penyelesaian parkir mampu disediakan di kawasan padat penduduk seperti Damansara Perdana.
Lihat posting di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via