Pempengaruh Dikecam Keluarkan Buku Tanpa Periksa Kesalahan Ayat Al-Quran
Perkara tersebut membimbangkan orang ramai yang mendakwa pempengaruh terbabit mereka ayat Al-Quran sendiri.
Cover image via ThreadsFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular di laman Threads mengenai pempengaruh Aisyah Hijanah selepas dakwaan buku yang dijual olehnya mempunyai isu tentang ayat Al-Quran di dalamnya
Menerusi satu ciapan di Threads oleh seorang pengguna, individu tersebut berkata sekiranya benar ada ayat Al-Quran yang sengaja direka dalam buku keluaran pempengaruh itu, maka ia boleh menyebarkan ajaran sesat.
"Serius la apa diorang cakap tu?? Kalau betul memang sebarkan ajaran sesat la namanya, senang2 je buat duit guna agama.
"Satu lagi, kes terpalit dengan isu dakwaan menyeleweng kutipan derma ditahan SPRM apa jadi??? Aduiii Malaysia ni banyak betul scammer berleluasa, ni advance lagi, siap tunggang ayat Al-Quran lagi," tulisnya.

Susulan tularnya isu tersebut, ramai menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya
Berikut di bawah adalah antara komen netizen di laman Threads:


Aisyah Hijanah telah memuat naik kenyataan rasmi permohonan maafnya selepas isu berkenaan tular di media sosial

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


