Rasa Macam Diperhati, Individu Dakwa Terakam ‘Makhluk Berambut Panjang’ Dalam Bilik Hotel
Mak aii, seramnya.
Cover image via @enniklyn (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Perkongsian seorang pengguna media sosial baru-baru ini mencetuskan rasa seram dalam kalangan netizen selepas mendakwa adiknya merakam imej menyerupai makhluk berambut panjang ketika menginap di kawasan pergunungan di Indonesia
Menerusi hantaran dimuat naik oleh pengguna Threads dikenali sebagai @enniklyn, adiknya ketika itu sedang menyertai aktiviti pendakian di Gunung Merbabu bersama beberapa rakan.
Menurutnya, mereka menginap di sebuah bilik penginapan berhampiran kawasan gunung tersebut, namun adiknya tidur berseorangan sementara rakan lain berada di bilik berasingan.
Difahamkan, kejadian berlaku pada waktu malam ketika adiknya sedang cuba melelapkan mata. Namun secara tiba-tiba, dia mula berasa tidak sedap hati seolah-olah ada sesuatu sedang memerhatikannya dari satu sudut bilik.

"My little brother was hiking dekat Mount Merbabu, Indonesia dengan kawan-kawan dia. Adik I tidur sorang while his friends tidur bilik lain.
"Masa dia tengah cuba tidur, dia rasa macam ada benda tengah tengok dia. Dia terus bangun and took this picture," tulisnya.
Cuba enhance gambar, tapi lagi menyeramkan
Lebih mencuri perhatian apabila gambar tersebut kemudiannya cuba di enhance bagi melihat dengan lebih jelas objek yang didakwa berada dalam bilik itu.
Bagaimanapun, hasil imej yang dipertingkatkan itu dikatakan membuatkan ramai semakin meremang selepas terlihat kelibat menyerupai sosok berambut panjang.
"I tried to enhance the photo but sekarang me pula yang takut," katanya lagi.
Perkongsian berkenaan pantas mendapat perhatian warga maya dengan ramai pengguna Threads turut cuba meningkatkan kualiti imej tersebut menggunakan aplikasi masing-masing
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui berasa seram selepas melihat hasil gambar yang diperjelaskan.
Ada juga yang mendakwa imej tersebut kelihatan seperti susuk wanita sedang berdiri di penjuru bilik, manakala sebahagian lain beranggapan ia mungkin sekadar ilusi cahaya atau bayang-bayang biasa.


Lihat posting di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


