Ryzal Ibrahim Kongsi Detik Cemas Ketika Anak Jatuh Katil – “Gugur Jantung Kami”

Hati ibu bapa mana yang tak hancur tengok anak tiba-tiba jadi macam ini.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @ryzalibrhm (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap ibu bapa pasti tidak mampu melupakan saat melihat anak berada dalam keadaan yang membimbangkan, lebih-lebih lagi apabila si kecil tiba-tiba tidak memberikan sebarang tindak balas

Itulah detik cemas yang dilalui personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim dan isterinya, Maryam, apabila anak kedua mereka, Rian, dilaporkan tidak sedarkan diri selepas terjatuh dari katil.

Menerusi perkongsian video di Instagram, Ryzal menceritakan bagaimana jantung mereka seakan gugur apabila melihat keadaan anak kecil itu yang pada mulanya menangis kuat sebelum tiba-tiba diam dan menutup mata.

"Gugur jantung kami melihat anak sendiri tak sedarkan diri lepas jatuh katil. Kuat dia menangis lepas tu diam dan tutup mata seolah tidur, tiada respon dan kita terus bawa ke emergency," katanya.

Menurut Ryzal, dia dan Maryam terus bergegas ke hospital sambil cuba memastikan Rian tidak terlelap sepanjang perjalanan. Namun ketika itu, anak mereka langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi walaupun dipanggil berkali-kali.

"Saya dan Maryam berusaha tak nak bagi Rian lelap sepanjang jalan ke emergency tapi badan dia langsung tiada respon, matanya tertutup walaupun Maryam jerit nama dia sekuat-kuatnya," katanya lagi.

Lebih menyayat hati, Ryzal mengakui sukar menggambarkan perasaan melihat isterinya menjerit memanggil nama anak yang ketika itu kaku tanpa sebarang tindak balas

"Ya Allah sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku, sungguh tiada kata dapat digambarkan," katanya.

Dalam keadaan penuh kebimbangan itu, pasangan berkenaan hanya mampu berserah dan berdoa agar Allah SWT mengembalikan kesedaran anak mereka.

Detik mencemaskan itu berakhir dengan sedikit kelegaan apabila Rian mula membuka mata sebaik sahaja mereka tiba di hospital.

"Sampai di pintu hospital, Rian mula buka mata dan kami terus minta doktor buat CT scan," katanya.

Perkongsian tersebut turut disertakan dengan rakaman video yang memaparkan reaksi panik Maryam yang berulang kali menepuk dan memanggil nama Rian sepanjang perjalanan ke hospital.

Video itu mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen yang mengakui dapat merasai ketakutan seorang ibu apabila melihat anak berada dalam keadaan sedemikian.

Sehingga kini, Ryzal masih belum berkongsi perkembangan lanjut mengenai keputusan pemeriksaan Rian. Namun ruangan komen dipenuhi doa dan kata-kata semangat daripada para pengikut yang berharap si kecil itu berada dalam keadaan baik serta dikurniakan kesembuhan sepenuhnya.

Lihat video di bawah:

Fetching content

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik