Sertai Kempen Terbesar ‘Tonton Non Stop, On Top!’, Tawar Ganjaran Kereta & Hadiah Nilai RM700,000

Bermula 15 Jun sehingga 9 Ogos 2026, para penonton berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah lumayan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Tonton

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Platform penstriman video tempatan terkemuka, Tonton baru-baru ini secara rasmi melancarkan program ganjaran terbesar pernah dianjurkan oleh syarikat tersebut melalui kempen "Tonton Non Stop, On Top!"

Bermula hari ini, 15 Jun sehingga 9 Ogos 2026, para penonton berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah lumayan termasuk kenderaan baharu bernilai keseluruhan melebihi RM700,000 hanya dengan mengumpul mata menerusi aktiviti penstriman drama kegemaran mereka.

Tonton tidak mengecewakan para penggunanya apabila menyediakan barisan hadiah utama berupa kenderaan moden dan gajet premium, antaranya:

  • Sebuah Nissan Kicks e-Power 1.2L VL
  • Sebuah GAC Emkoo 1.5L Turbo
  • Dua buah TQ Wuling Bingo EV
  • 70 unit telefon pintar Oppo
  • 1,120 baucar tunai Watsons bernilai RM108 setiap satu

SAYS.com
Image via Tonton

Peluang untuk orang ramai menang sentiasa terbuka

Bagi memastikan persaingan kekal adil dan memberi peluang kepada lebih ramai peserta baharu, kempen ini mencari 298 pemenang pada setiap kitaran dua minggu.

Nota Penting: Kedudukan carta dan kutipan mata peserta akan ditetapkan semula (reset) pada setiap penghujung pusingan dua minggu. Pemenang Hadiah Utama dan Naib Johan pada pusingan terdahulu tidak boleh memenangi hadiah utama yang sama pada pusingan seterusnya, namun masih layak merebut Hadiah Saguhati dan Saguhati Khas.


Cara penyertaan program ganjaran ini direka dengan sangat mudah menerusi ekosistem digital Tonton:

  • Strim & Menang: Pengguna wajib melanggan pelan TontonUp selama 3 bulan atau 12 bulan. Selepas itu, setiap minit tontonan bagi drama terpilih akan ditukarkan kepada mata ganjaran.
  • Tonton Subscription Gifts: Walaupun had mata penstriman biasa mempunyai kuota harian, pengguna boleh mengumpul mata tanpa had dengan menghadiahkan langganan Tonton kepada rakan atau keluarga. Hadiah langganan 3 bulan memberikan 100 mata bonus, manakala langganan 12 bulan memberikan 400 mata bonus.
  • Turboost (Mata Berganda): Tonton memperkenalkan sistem Turboost pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Pengguna yang menonton kandungan terpilih pada hujung minggu akan menerima gandaan mata secara automatik untuk melonjakkan kedudukan carta dengan pantas.

Orang ramai kini boleh memuat turun aplikasi Tonton di telefon pintar atau melayari tonton.com.my untuk mendaftar, melanggan pakej TontonUp, dan mula menstrim bagi mendaki carta peserta bermula hari ini. Untuk maklumat terkini, ikuti akaun rasmi mereka di media sosial melalui @tontonmy.

SAYS.com
Image via Tonton

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik