Sistem POS Rembayung Tergendala, Khairul Aming Mohon Maaf Selepas Operasi Tengah Hari Kecoh

Biasalah system down tu, adat berniaga.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @khairulaming (Threads)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Usahawan terkenal, Khairul Aming tampil memohon maaf selepas operasi makan tengah hari di restoran Rembayung bertukar kecoh susulan gangguan sistem tempahan semalam

Menurut beliau di laman Threads, masalah berpunca daripada sistem Point of Sale (POS) StoreHub yang mengalami gangguan sehingga semua tempahan gagal dihantar ke bahagian dapur.

Akibatnya, kakitangan terpaksa mencatat setiap pesanan secara manual, sekali gus menyebabkan penyediaan makanan mengambil masa lebih lama daripada biasa.

Kelewatan itu turut menjejaskan pelanggan bagi slot seterusnya apabila waktu kemasukan dan hidangan terpaksa ditunda.

SAYS.com
Image via Threads

Khairul Aming menjelaskan insiden tersebut merupakan kali pertama berlaku sepanjang enam bulan Rembayung beroperasi dan memaklumkan pasukannya segera mengambil langkah mengawal keadaan

Beliau turut memaklumkan operasi beransur pulih, dengan situasi lebih terkawal bagi pelanggan yang hadir bermula slot petang.

"Mohon maaf hari ni huru-hara waktu lunch. Sepanjang 6 bulan berniaga hari ni first time StoreHub POS system down di mana semua order tak masuk dalam kitchen.

"Kita kena manually tulis satu per satu order menyebabkan makanan slot tengah hari tadi semua delay and slot yang jam 2pm affected masuk lambat. So far system masih lagi down tapi dah terkawal untuk slot 4.30pm ke atas,"
katanya.

Tindakan pantas serta penjelasan terbuka yang diberikan Khairul Aming menerima pelbagai reaksi positif daripada orang ramai yang memuji ketelusannya dalam menangani isu berkenaan.

Lihat Threads di bawah:

SAYS.com
Image via Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik