Space Dollah Kongsi Detik Hampir Lemas Di Bali Sebelum Diselamatkan Syed Saddiq

"Kalau di tak datang, mungkin saya dah mati" – Space Dollah.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @truedollah (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

"Kalau Saddiq tak datang, mungkin saya dah mati"

Itu pengakuan menyentuh hati abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, iaitu Syed Abdullah Syed Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Space Dollah selepas hampir maut akibat lemas ketika bercuti di Bali, Indonesia, baru-baru ini.

Dalam perkongsian video di media sosial, lelaki berusia Space Dollah menceritakan bagaimana percutian santai bersama Syed Saddiq dan adik mereka, Hadi bertukar menjadi detik paling menakutkan dalam hidupnya apabila dihanyutkan ombak ketika berenang di laut berhampiran sebuah resort mewah.

Menurutnya, dia pada mulanya yakin dengan kemahiran berenangnya dan tidak menyedari dirinya semakin jauh ke tengah laut sebelum arus kuat mula menariknya ke kawasan lebih dalam.

SAYS.com
Image via @truedollah (Instagram)

"Pada mulanya saya rasa semuanya okey. Tetapi semakin ke tengah, ombak semakin kuat. Saya cuba berenang semula ke pantai, tetapi semakin kuat ombak menghentam saya.

"Ketika itu saya mula panik sebab saya dah tak dapat rasa tanah di kaki walaupun saya seorang yang tinggi,"
katanya.

Keadaan menjadi semakin cemas apabila dia mula terminum banyak air laut dan jeritan meminta pertolongan sebanyak tiga kali gagal didengari oleh ahli keluarganya yang berada berhampiran

Menganggap nyawanya sudah di hujung tanduk, Space Dollah berkata dia sempat mengucap dua kalimah syahadah sebelum bantuan yang tidak disangka-sangka tiba.

"Saya fikir saya akan mati. Tiba-tiba Saddiq datang dan tolak saya dari belakang sampai ke pantai. Lepas itu saya menangis sebab saya fikir itu pengakhiran hidup saya. Nasib baik ada Saddiq yang pernah sertai Ironman. Entah dari mana dia datang selamatkan saya,"
katanya lagi.

Menurutnya lagi, Syed Saddiq turut mengarahkan Hadi mendapatkan bantuan, namun mereka mendakwa tiada pengawal keselamatan atau penyelamat pantai berada di lokasi ketika kejadian berlaku.

SAYS.com
Image via @truedollah (Instagram)Image via

"Saddiq suruh Hadi cari pengawal keselamatan, tetapi tak ada sesiapa. Tempat itu sangat mewah dan ramai pelancong, tetapi tiada pengawal keselamatan," katanya.

Perkongsian itu mengundang perhatian ramai apabila ramai memuji tindakan pantas Syed Saddiq yang sanggup mempertaruhkan keselamatan diri demi menyelamatkan abangnya daripada tragedi yang mungkin meragut nyawa.

Lihat video penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik