TLDM Perkenal Pakaian Operasi ‘The Blue Valor’, Hasil Kolaborasi Strategik Dengan UiTM

Pembangunan corak penyamaran (camo) ini merupakan hasil kolaborasi strategik TLDM bersama UiTM Shah Alam.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 mencatatkan satu lagi lembaran bersejarah buat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) apabila kontinjen perbarisan tampil segak memperkenalkan pakaian operasi baharu yang dikenali sebagai 'The Blue Valor' di peringkat nasional

Siri transformasi visual ini mengetengahkan gabungan empat tona warna utama iaitu black, dark grey blue, grey dan light blue yang diadaptasi daripada warna aset ketenteraan serta lautan.

Pembangunan corak penyamaran (camo) ini merupakan hasil kolaborasi strategik TLDM bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Selain menyuntik imej yang lebih profesional, reka bentuk corak khas ini memberikan kelebihan taktikal serta mewujudkan identiti unik yang membezakan TLDM daripada agensi penguatkuasaan tempatan dan antarabangsa yang lain.

SAYS.com
Image via Tentera Laut Diraja Malaysia (Facebook)

Pakaian operasi baharu ini telah dilancarkan secara rasmi sempena Hari TLDM ke-92 sebelum diperagakan kepada umum pada perbarisan Hari Kebangsaan ke-69

Bagi melindungi reka bentuk dan hak inteleknya, siri pakaian operasi ini telah didaftarkan secara rasmi dan menerima Sijil Hak Cipta daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Maksud identiti 'The Blue Valor' membawa simbolik Biru (Blue) yang mewakili keluasan domain maritim, kesetiaan, serta komitmen TLDM menjaga perairan Malaysia.

Manakala Keberanian (Valor) melambangkan semangat juang, kehormatan dan dedikasi tinggi warga TLDM yang bertugas dalam persekitaran samudera yang mencabar.

Sut operasi baharu ini bukan sekadar perubahan estetika, malah berfungsi sebagai simbol penyatuan, kebanggaan, dan kesiapsiagaan TLDM dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara.

SAYS.com
Image via Tentera Laut Diraja Malaysia (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: