Pos Malaysia Kongsi ‘Gambar Asli’ Nostalgia & Suasana Pekerja Penghantar Surat Di Era 80-An

Difahamkan, gambar-gambar tersebut merupakan gambar sebenar daripada Pos Malaysia.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @pos4you (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Melihat trend perkongsian gambar-gambar di era 80-an, Pos Malaysia hadir dengan perkongsian penuh nostalgik gambar asli pekerja-pekerja penghantar surat di zaman itu

Pos Malaysia baru-baru ini berkongsi koleksi gambar lama yang memaparkan kakitangan perkhidmatan pos dari beberapa dekad yang lalu, sekali gus memberikan gambaran tentang suasana pekerjaan tersebut pada masa itu.

SAYS.com
Image via @pos4you (Instagram)
SAYS.com
Image via @pos4you (Instagram)

Gambar-gambar tersebut turut menunjukkan beberapa cabaran yang dihadapi oleh pekerja perkhidmatan pos

Daripada dikejar anjing dan mengharungi banjir sehinggalah terpaksa mencari jalan alternatif akibat laluan yang terhalang oleh pokok tumbang.

Namun, walau apa jua halangan yang mendatang, tugas penghantaran tetap perlu dilaksanakan.

SAYS.com
Image via @pos4you (Instagram)

Pos Malaysia berkata pengalaman-pengalaman ini merupakan sebahagian daripada kenangan yang membentuk sejarahnya.

"Tanpa yang lalu, tiadalah kami di sini sekarang. Dari kad raya hingga surat tulisan tangan, inilah antara memori yang pernah kami bawa dan sampaikan kepada rakyat Malaysia.

"Di sebalik setiap kiriman, ada cerita yang tidak semua orang tahu. Pernah dikejar anjing, pernah meredah banjir, malah pernah dihalang pokok tumbang demi memastikan surat dan khabar sampai ke tangan penerimanya.

"Kerana sejak dahulu lagi, menghubungkan rakyat Malaysia bukan sekadar tugas kami, tetapi satu amanah," katanya.

SAYS.com
Image via @pos4you (Instagram)

Hari ini, pengalaman menerima sesuatu yang dihantar terus ke depan pintu rumah adalah sesuatu yang jauh berbeza

Daripada menunggu berhari-hari untuk menerima surat, kita kini boleh menghantar mesej dalam masa beberapa saat sahaja.

Daripada mengirim nota tulisan tangan, kita boleh menghantar gambar, rakaman suara dan video hanya dengan beberapa klik.

Namun, gambar-gambar lama ini menjadi peringatan tentang suatu zaman apabila usaha untuk terus berhubung memerlukan lebih banyak kesabaran dan mungkin menjadikan pengalaman menerima sesuatu melalui pos terasa jauh lebih istimewa.

SAYS.com
Image via @pos4you (Instagram)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: