PROTON Lancarkan Aplikasi Baru 'MyProton'. Ini 8 Kemudahan Yang Anda Boleh Dapat
Semuanya di hujung jari!
Hidup di dalam zaman serba moden dan canggih pastinya memudahkan kita untuk melakukan sesuatu perkara tanpa memerlukan masa yang lama
Seperti baru-baru ini, PROTON Holdings Bhd memperkenalkan aplikasi mudah alih baru, MyProton yang bertujuan memberi kemudahan kepada semua pengguna kereta nasional itu.
Ia boleh didapatkan melalui telefon pintar anda menerusi Google Play Store dan Apple App Store.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Fuaad Kenali, berkata PROTON menyediakan akses kemudahan untuk pelanggan bagi mendapatkan maklumat di hujung jari seiring dengan keperluan pelanggan yang semakin moden
"Kami memahami bahawa dalam persekitaran yang pesat dan maju, cara terbaik untuk mencapai dan memaklumkan pelanggan adalah melalui aplikasi mudah alih ini.
Ini menjadikan perhubungan kepada pelanggan lebih cekap dan berkesan," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, aplikasi MyProton ini selari dengan gaya hidup orang ramai masa kini yang mana bergantung kepada telefon pintar dalam pelbagai situasi seperti membuat temu janji, mendapatkan maklumat, dan untuk membeli produk serta mendapatkan perkhidmatan.
Tambahnya lagi dengan aplikasi MyProton, pelanggan boleh menggunakan telefon pintar mereka untuk membuat temu janji menyelenggara dan memandu uji kereta Proton
Dalam fasa perkembangan seterusnya, MyProton menyediakan akses kemudahan bagi pelanggan untuk menyemak status tempahan kereta, rekod penyelenggaraan, peringatan untuk menyelenggara kereta dan banyak lagi.
bharian.com.my1. Temu janji untuk memandu uji kereta Proton
Temu janji pandu uji kereta PROTON tidak memerlukan masa yang lama. Lengkapkan maklumat yang dikehendaki seperti di atas dan klik pada 'Book Test Drive'. Anda akan menerima maklumat dan butiran lanjut kemudiannya nanti.
2. Temu janji bagi servis atau penyelenggaraan kereta
Untuk pilihan ini, anda perlu mengisi semua maklumat yang dikehendaki kemudian klik pada 'Book Service'. Anda akan menerima maklumat dan butiran lanjut kemudiannya nanti.
3. Sambungan ke panggilan Mobile Assist untuk bantuan:
Pilihan ini memudahkan anda untuk menghubungi terus hotline PROTON. Klik saja pada pilihan 'Mobile Assist' dan paparan seperti di atas akan mucul di skrin telefon mudah alih anda.
4. Maklumat mengenai semua model Proton
Klik sahaja pada mana-mana model kereta PROTON yang anda ingini. Segala maklumat terkandung di dalamnya.
5. Maklumat terkini mengenai promosi dan acara semasa
Segala maklumat mengenai events dan promotions ada di sini. Klik saja pada pilihan 'Promo & Events'.
6. Lokasi jualan PROTON dan pusat-pusat perkhidmatan
Melalui pilihan ini, anda akan dihubungkan terus dengan Google Maps yang mana memberikan direct location PROTON yang anda mahukan. Terdapat 4 jenis lokasi PROTON iaitu showroom, service, body & paint, dan stokis.
7. Sambungan ke saluran media sosial PROTON
Sambungan terus kepada media-media di atas pada pilihan 'Connect'
8. Kalkulator pengiraan pinjaman
Melalui pilihan ini, anda boleh mengira sendiri monthly installment dengan mengisi semua maklumat yang diperlukan. Bagaimanapun ini sekadar perkiraan kasar. Bantuan wakil PROTON adalah amat-amat digalakkan.
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!