#PRU15: Tun Mahathir Tewas, Hilang Deposit Di Parlimen Langkawi
Tun M cuma memperolehi 4,566 undi berbanding calon PN, Mohd Suhaimi dengan 25,463 undi.
Tun Dr Mahathir Mohamad gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi selepas tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Mohd Suhaimi Abdullah dengan majoriti 11,225 undi
Parlimen Langkawi menyaksikan pertandingan lima penjuru antara Dr Mahathir (Pejuang), Mohd Suhaimi (PN), Armishah Siraj (Barisan Nasional), Zabidi Yahya (Pakatan Harapan) dan Abd Kadir (Bebas).
Menambah duka kekalahan itu, beliau turut hilang deposit apabila hanya meraih 4,566 undi.
Kerusi itu dimenangi oleh calon PN, Mohd Suhaimi yang mendapat 25,463 undi.
Amirshah Siraj (BN) mendapat 11,945 undi, Zabidi Yahya (PH - 5,417 undi) dan Abd Kadir (Bebas - 89 undi).
Follow SAYS Seismik dan dapatkan berita serta liputan politik tanah air terkini di sini sekarang!