seismik

PTTI Lancar Insentif Khas RM500 & Peraduan 'PTTI Better Results' Buat Calon SPM 2024

Sebuah kereta Perodua Axia bakal dimenangi oleh pelajar PTTI yang berjaya mengajak lebih ramai rakan mereka untuk belajar di PTTI.

Cover image via PTTI (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI melancarkan insentif khas buat calon SPM 2024 berupa ganjaran wang RM500

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau mesra disapa sebagai Cikgu Fana, insentif itu bagi meningkatkan motivasi pelajar SPM 2024 dalam mencapai keputusan cemerlang.

"Insentif ini diberikan kepada pelajar SPM 2024 yang bakal mengambil SPM tahun ini. Ini adalah inisiatif khas yang PTTI buat untuk memberi ganjaran kepada pelajar SPM 2024 untuk meningkatkan motivasi mereka agar mendapat keputusan yang berjaya dan cemerlang.

"Ganjaran daripada PTTI berupa RM500 kepada setiap pelajar kita yang mendapat 'straight' A dalam SPM 2024. Inisiatif ini ditaja oleh Yayasan PTTI.

"Diharapkan insentif ini lebih memotivasi dan galakan penuh kepada pelajar PTTI yang bakal menduduki SPM tahun ini. Sejujurnya, saya juga teruja apabila lebih ramai lagi pelajar kita yang mendapat keputusan cemerlang," katanya.

Cikgu Fana (kiri) bersama duta PTTI, Iman Troye pada pelancaran insentif khas untuk pelajar cemerlang SPM 2024.

Image via PTTI (Facebook)

PTTI turut melancarkan peraduan PTTI Better Results yang mana menawarkan kereta Perodua Axia

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman.

Image via PTTI (Facebook)

Jelas Cikgu Fana lagi, peraduan itu terbuka kepada pelajar PTTI yang mengambil SPM tahun ini dengan mengajak lebih ramai rakan mereka untuk belajar di PTTI.

"Menerusi peraduan ini kita menawarkan hadiah utama iaitu kereta Perodua Axia yang mana diberikan kepada pelajar PTTI yang mengajak kawan paling ramai untuk sama-sama belajar dan berjaya dalam SPM 2024.

"Penyertaan bagi peraduan ini kita sudah buka sejak 25 Mei lalu dan pemenang akan diumumkan pada Jun ini," katanya.

Pada majlis sama, PTTI turut meraikan pelajar SPM 2023 yang baharu saja mendapat keputusan SPM mereka hari ini (27 Mei 2024).

Dianggarkan hampir 300 pelajar PTTI yang menduduki SPM 2023 diraikan dengan keputusan masing-masing.

Para pelajar cemerlang SPM 2023 diraikan bersama-sama dalam satu majlis penghargaan bersama tenaga pengajar PTTI.

Image via PTTI (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: