seismik

PU Riz Ingatkan Orang Ramai Segera Bayar Hutang Bagi Jalani Hidup Yang Lebih Berkat

Membayar semula hutang merupakan tanggungjawab wajib setiap orang Muslim.

Cover image via Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, setiap Muslim wajib membayar hutangnya ketika masih hidup dan setelah meninggal dunia jika hutang masih ada warisnya pula bertanggungjawab untuk melunaskannya

Abu Hurairah R.A pula meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Roh orang yang beriman itu tergantung (ditangguhkan hisab amalannya) disebabkan hutang, sehingga dibayarkan untuknya hutang tersebut" - Riwayat al-Tirmizi (1078)

Sebab itulah kita disarankan untuk banyakkan doa supaya kita tidak termasuk dalam kalangan orang yang berhutang. Bimbang nanti kita tidak dapat bayar hutang dan menyebabkan roh kita tergantung, tidak sampai untuk mendapat rahmat Allah SWT.

PU Riz saran peminjam segerakan membayar hutang belajar agar kehidupan lebih berkat

Demikian kata pendakwah bebas yang juga selebriti Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz.

Islam juga memandang buruk perbuatan menangguh-nangguhkan pembayaran hutang dan menganggapnya sebagai satu kezaliman. Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

"Menangguh pembayaran hutang bagi orang yang mampu ialah satu kezaliman" - Sahih al-Bukhari (2287)

Haa.. dah dengar sendiri apa yang PU Riz cakap? Ingat ya semua, bagi siapa yang masih ada hutang belajar, mohon bayar segera dan jangan bertangguh okay.

Tambahan lagi, sekarang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ada menawarkan insentif diskaun bayaran balik pinjaman yang menarik tau!

Pelbagai Tawaran Menarik Menanti Peminjam PTPTN sempena Kempen Jom Bayar PTPTN

Selari dengan komitmen PTPTN yang mahu menggalakkkan bayaran balik pinjaman dalam kalangan peminjam dan meningkatkan kualiti perkhidmatan, PTPTN tampil mengadakan Kempen Jom Bayar PTPTN bersempena Hari Mesra Pelanggan PTPTN 2023 yang dijalankan serentak di seluruh cawangan dan pejabat PTPTN negeri di Malaysia.

Image via PTPTN

Program yang berlangsung sejak 12 Disember 2023 ini bakal melabuhkan tirainya pada 31 Disember 2023.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati pelbagai tawaran menarik yang disediakan sepanjang Kempen Jom Bayar PTPTN ini berlangsung.

Tawaran yang disediakan oleh PTPTN untuk semua peminjam PTPTN adalah seperti berikut:

- Peminjam yang membuat bayaran balik pinjaman PTPTN juga layak menikmati insentif diskaun yang diberikan Kerajaan sehingga 15 peratus bermula 14 Oktober 2023 sehingga 31 Mac 2024;

- Peminjam yang mempunyai tunggakan HANYA perlu membuat bayaran pendahuluan tunggakan sekurang-kurangnya RM300 sahaja dan boleh membuat pensktukturan semula pinjaman;

- Peminjam yang membuat bayaran balik akan layak menyertai Cabutan Jom Bayar PTPTN tertakluk terma dan syarat di bawah:

Image via PTPTN

- Peminjam yang membuat bayaran balik juga berpeluang untuk mendapatkan cenderamata eksklusif PTPTN selagi stok masih ada. 

Jangan lupa kunjungi seluruh cawangan dan pejabat PTPTN negeri di tempat anda sempena Kempen Jom Bayar PTPTN okay!

Klik SINI untuk maklumat lebih lanjut.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik