seismik

'Hati Saya Hancur. Pulau Yang Dulunya Bersih Kini Penuh Sampah Sarap. Penyu Mati Pun Ada'

Segalanya kerana tangan manusia.

Cover image via SAYS via Mei Mei Chu

"Lihatlah bilangan sampah di pantai kita."

Memeranjatkan.

Pulau peranginan yang sebelum ini bersih kini tercemar teruk dengan longgokan sampah sarap. Sebaik musim monsun tamat tempoh hari, bilangan sampah yang dibawa arus dilihat begitu banyak dan tidak terkawal, semuanya terdampar di persisiran pantai.

Macam mana nak 'sunbath' kalau keadaan pantai penuh dengan sampah macam ni?

Image via Mei Mei Chu

Situasi ini dilihat sendiri oleh mata kepala seorang wanita bernama Mei Mei Chu baru-baru ini. Tak sangka, percutiannya ke sebuah pulau indah di Terengganu yang kerap kali dikunjunginya setiap tahun kini menyajikan panorama berbeza iaitu sampah sarap.

Image via Mei Mei Chu

Longgokan sampah di tepi pantai.

Image via Mei Mei Chu

Sebagai seorang pengembara dan travel writer, Mei berasa amat sedih melihat alam sekitar yang kian tercemar. Paling memilukan apabila beliau terjumpa seekor penyu yang mati terdampar di persisiran pantai dek kerana sampah.

"Jun lalu, kami menemui seekor penyu yang mati terdampar dengan jala memancing di sekeliling tubuhnya. Jala ini dibuang di dalam laut dan kemudian tersangkut pada sirip penyu, menjadikan ia tidak dapat berenang.

"Akhirnya, penyu itu mati kerana tidak dapat menggunakan siripnya untuk berenang ke permukaan laut bagi mendapatkan udara. Melihat seekor penyu mati sebegitu rupa amat menghancurkan hati saya," kata Mei.

Boleh bayangkan betapa seksanya penyu ini nak hidup?

Image via Mei Mei Chu

Jala memancing atau pukat yang tersangkut pada sirip penyu.

Image via Mei Mei Chu

Menurut Mei, bilangan sampah yang mereka temui amat membimbangkan. Lebih teruk, ini merupakan satu jumlah yang sangat kecil dan hanya fokus pada satu pulau sahaja.

"Terlalu banyak jenis sampah yang kami temui di sepanjang pantai - daripada botol plastik, TV, kasut, tong kosong, dan karton plastik. Styrofoam adalah yang paling teruk. Apabila ia pecah kepada sejuta kepingan kecil, ia kelihatan seperti makanan ikan dan mustahil untuk dikutip satu per satu.

"Ingat, apa yang kami temui ini hanyalah satu jumlah yang sangat kecil daripada jumlah sampah sarap yang terapung di lautan, semuanya dihasilkan oleh tangan manusia. Jika di satu pulau ini pun dah banyak, bagaimana pula bilangan sampah yang ada di dunia?" kata Mei lagi.

'Styrofoam' yang pecah kepada kepingan kecil.

Image via Mei Mei Chu

Botol plastik bersepah di persisiran pantai.

Image via Mei Mei Chu

Selain itu, Mei menganggap isu sampah ini tidak seharusnya menjadi satu masalah jika manusia sedar akan keburukan yang ia mampu bawa kepada alam sekitar

"Setiap hari manusia consume sampah dengan banyak. Sebaik sahaja sampah dibawa keluar dari rumah, kita akan terus lupa mengenainya tetapi di sinilah ia berakhir; mengubah landskap alam sekitar kita. Jumlah plastik yang kita gunakan dan buang adalah sangat menjijikkan!

"Lihat sahaja pada gambar-gambar ini - kerosakan sedang berlaku, dan kematian hidupan liar adalah kesan langsung daripada sampah yang kita buang. Tolong jangan cakap sampah anda tidak melakukan apa-apa kemudaratan. Berhenti abaikan dan sudah tiba masanya untuk kita lebih mengambil berat," tegas Mei.

Image via Mei Mei Chu
Image via Mei Mei Chu

Pada masa yang sama, Mei memuji usaha kerajaan negeri dalam melaksanakan kempen tanpa beg plastik bagi memerangi isu pembuangan sampah yang semakin berleluasa

"Pujian harus saya berikan kepada kerajaan negeri yang bertindak mengharamkan penggunaan beg plastik dan polistirena bermula tahun ini. Isu alam sekitar seperti pemanasan global harus ditekankan dengan lebih mendalam.

"Pada saya, kita sendiri yang perlu mengubah corak penggunaan kita dalam dunia pengguna. Kalau kita masih berada dalam acuan yang sama, sampai bila-bila pun masalah ini tak akan selesai," katanya lagi.

Image via Mei Mei Chu
Image via Mei Mei Chu

Oleh itu, untuk tahun 2017 ini, Mei mempunyai satu misi iaitu mengurangkan penggunaan plastik sebanyak yang mungkin. Beliau turut menyeru agar orang ramai dapat menjadikan usaha ini sebagai satu resolusi.

Image via Mei Mei Chu

"Tahun ini, resolusi tahun baru saya ialah untuk mengurangkan pengambilan sampah, terutamanya plastik dan styrofoam. Bagaimana? Salah satu cara paling mudah adalah dengan membawa beg dan bekas persendirian ketika membeli belah.

"Dan saya menyeru anda semua untuk menyertai saya dalam misi ini - tahun ini, ubah SATU tabiat membeli belah bagi mengurangkan jumlah plastik yang anda gunakan. Saya akui, mustahil untuk kita hidup dalam keadaan bebas sampah. Tetapi mari kita mulakan usaha kecil ini yang mana saya percaya, akan memberi impak besar dan menakjubkan pada masa akan datang," ujar Mei bersemangat.

9 langkah mudah untuk mengurangkan penggunaan plastik.

Image via Less Plastic

Baca status penuh Mei Mei Chu di sini.

Juga, follow Mei Mei Chu di Facebook, Instagram @meixchu, dan baca segala entri menarik dan travel journey beliau di meimeichu.com.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Hebat betul Adam ni. Walaupun lahir tanpa kaki, Adam tetap buktikan tiada apa yang mampu menghalangnya untuk berjaya!

You may be interested in: