seismik

Dua Rakyat Malaysia Terima Anugerah Pemimpin Muda Ratu Elizabeth Di London 26 Jun Ini

Anugerah tersebut akan disampaikan oleh Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham.

Cover image via Queens Young Leaders

Dua rakyat Malaysia telah dipilih untuk menerima Anugerah Pemimpin Muda Ratu Elizabeth bagi tahun 2018

Image via Salam Pakistan

Anugerah Pemimpin Muda Ratu Elizabeth atau Queen's Young Leaders Award merupakan anugerah yang mengiktiraf individu muda berusia antara 18 hingga 29 tahun dari seluruh negara Komanwel yang berjaya memberi penyelesaian transformatif kepada isu-isu global.

Siva Nagappan Visvesvaran dan Wen Shin Chia akan menerima anugerah berprestij ini dari Yang Mulia Ratu Elizabeth II pada upacara yang akan diadakan di Istana Buckingham, London, pada 26 Jun ini, menurut laporan Free Malaysia Today


Kedua-duanya yang berasal dari negeri Selangor, akan turut disertai oleh 240 lagi golongan belia dari 53 negara-negara Komanwel yang juga memacu kepada perubahan di samping menggunakan kemahiran mereka untuk mentransformasikan hidup manusia menjadi lebih baik. 

Siva diiktiraf atas kerja yang dilakukannya untuk memberi penyelesaian baru bagi menangani masalah alam sekitar yang sedia ada di Malaysia

Dia telah membangunkan sistem Penyimpanan Air untuk sekolahnya, yang membolehkan air hujan disimpan di suatu ruangan kecil untuk digunakan apabila perlu. 

Pelajar kejuruteraan tenaga elektrik itu juga merupakan salah seorang pengasas kepada syarikat Projek Paplet dimana organisasi tersebut menggunakan kertas terpakai untuk dijadikan buku kecil atau booklet.

Image via Project Paplet

Booklet itu kemudiannya disumbangkan kepada 50 sekolah pelarian di seluruh Malaysia melalui Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Kumpulan itu juga menyediakan toolkit kepada 11 institusi lain di seluruh dunia menerangkan cara membuat booklet bagi mengurangkan pengeluaran sampah setiap hari dengan mencipta produk baru menggunakan sampah tersebut.

Sejak pelancarannya pada tahun 2016, Project Paplet telah menyelamatkan kira-kira 4.5 tan kertas.

Wen Shin Chia, yang juga merupakan seorang ahli alam sekitar, diiktiraf kerana menggunakan inovasi dan keusahawanan bagi menangani masalah pencemaran air di Malaysia

Pada tahun 2016, dia telah mengasaskan Green Yards, yang menghalang orang ramai daripada membuang minyak masak ke dalam saluran air dengan menawarkan sabun percuma sebagai pertukaran untuk setiap 5kg minyak yang diberikan kepada mereka.

Minyak yang telah diguanakan ini akan dikitar semula menjadi produk pembersih serta lilin.

Di samping itu, Wen Shin Chia dan pasukannya juga telah menganjurkan bengkel komuniti bagi mempromosikan kitar semula. 

Dalam masa setahun, Green Yards telah menghalang 4.7 tan minyak masak yang digunakan daripada dibuang ke dalam saluran air.

Sebagai sebahagian daripada program Pemimpin Muda Ratu Elizabeth, kedua-dua rakyat Malaysia ini akan mengambil bahagian dalam kursus kepimpinan selama setahun yang dikendalikan oleh Universiti Cambridge

Image via Aces Aspire

Mereka bakal menerima pakej latihan dan bimbingan termasuk program kediaman satu minggu di UK untuk membantu membangunkan nilai kepimpinan dalam diri mereka.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi rakyat Malaysia telah membanggakan negara:

You may be interested in: