Ramadan Berlalu Begitu Pantas. Kalau Nak Raya, Kenalah 'Settle'-kan 7 Perkara Ini Dulu

Tak 'settle' 7 perkara ni tak Raya lah maksudnya.

  • Cover image via SAYS

1. Paling obvious, kenalah settle-kan puasa dulu

Image via SAYS

Puasa belum habis lagi macam mana nak Raya? Apa-apa pun, bulan Ramadan perlulah bermakna dan dipenuhi dengan amalan yang membawa berkat. Bagi yang lelaki, jangan tinggal puasa sesuka hati kecuali keadaan mengizinkan. Jangan tahu nak Raya je tapi puasa semua ke laut.

Memetik lirik lagu Puasa Dan Raya nyanyian Senario:

"Hari Raya, semua bagai nak gila,
Bila puasa, buat-buatlah lupa,
Berpakaian semua harus sepadan,
Tapi puasa tak cukup sebulan."

2. Dah settle 30 juzuk Al-Quran ke belum?

Image via wordpress.com

Yang mana masih istiqamah habiskan satu juzuk sehari tu, teruskan perjuangan menghabiskan kesemua 30 juzuk Al-Quran. Dengan niat yang betul, insyaAllah urusan akan dipermudah.

Ehem, yang dah terkandas tu, sekurang-kurangnya bacalah Al-Quran secara konsisten setiap hari. Besar ganjarannya tau!

3. Tak kira besar atau kecil, hutang mesti kena langsaikan

Image via SAYS

Nak tunggu sampai bila lagi abang kakak? Langsaikanlah hutang tu secepat mungkin. Jangan simpan lama-lama dan tak perlu tunggu orang mintak baru nak bayar. Sebenarnya, orang yang mintak hutang tu pun dah naik segan nak contact korang.

Jadi, untuk memastikan Hari Raya korang bebas daripada sebarang masalah dan phone calls yang tak diundang, lebih baik settle-kan hutang pada bulan Ramadan ini ya.

4. Zakat dan saman dah bayar? Jangan terlepas pandang pulak!

Image via blogspot.com

Zakat merupakan rukun Islam yang ke-4 dan wajib dibayar bagi orang Islam pada bulan Ramadan setiap tahun. Tak lengkap ibadah puasa kalau tak bayar zakat. Dan sebelum balik kampung, pastikan semua saman tertunggak telah dilangsaikan. Musim perayaan kan selalunya banyak roadblocks. Jadi sebelum tertangkap, lebih baik settle-kan semuanya dulu.

Bukannya susah pun. Sekarang ni segalanya boleh dilakukan dengan MyEG. Bayar zakat dan bayar saman semudah ABC tak sampai 5 minit. Klik sini.

5. Shopping!

Image via says.com

Bulan Ramadan memang dikenali dengan bulan shopping dan promosi di sana-sini. Maklumlah sebab dah nak Raya. Lagi dekat nak Raya lagi murah! Boleh kata, memang susah nak resist nafsu shopping masa bulan puasa ni. Ramai orang yang bersungguh-sungguh ambil kesempatan selagi ada sale, semata-mata nak nampak serba baru menjelang Raya.

Tapi ingat, nak shopping tu boleh tapi tolong jangan membazir ya. Membazir itu kan amalan syaitan.

6. Ini yang paling ramai orang lupa nak buat: Tukar duit awal-awal!

Image via tumblr.com

Dua hari lagi nak Raya baru teringat nak tukar duit kertas RM1, RM5, dan RM10 banyak-banyak untuk dibuat jadi Duit Raya. Pernah terjadi macam ni tak? Lepas tu semua benda jadi kelam kabut, bank pun dah tak nak layan permohonan tukar duit.

Elakkan jadi macam tu ok. Settle-kan penukaran wang kertas awal-awal supaya lebih senang untuk anda pack Duit Raya masuk sampul.

7. Yang mana ada terasa hati tu, settle-kan cepat-cepat

Image via s-nbcnews.com

Bulan Ramadan bulan mulia. Inilah masanya untuk kita bermaaf-maafan sesama insan. Tersakitkan hati kawan? Pergi jumpa dia dan terus minta maaf. Terbuat mak ayah marah? Turunkan ego dan segera mohon ampun daripada mereka atas kesalahan. Tak perlulah tunggu Raya baru nak minta maaf, kan? Lebih awal lebih bagus. :)

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula adik beradik. Kadang-kadang masa bulan Ramadan pun boleh bergaduh, kan?

Bulan Ramadan adalah bulan yang mulia dan penuh dengan cabaran. Mereka dah settle dah. Anda macam mana?

Settle-kan segala zakat dan saman dengan MyEG di sini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment