HUAWEI Watch GT 2 Laku Keras Dan Jadi Kegilaan Ramai. Ini Sebab Anda Kena 'Angkat' Satu
Lawa sangat, kami pun teringin nak pakai.
Zaman sekarang ni, macam-macam kita boleh buat untuk kekal aktif
Contohnya berlari di taman, berbasikal dan ke gym untuk mendapatkan latihan profesional bersama jurulatih berpengalaman. Namun, tak ramai yang keep track dengan aktiviti kecergasan masing-masing kerana kurangnya pendedahan terhadap teknologi terkini. Memang rugi!
Bagi korang yang belum tahu, baru-baru ini HUAWEI telah melancarkan flagship smartphone terakhir mereka iaitu siri HUAWEI Mate 30
Ia mendapat pujian dan sambutan hangat gara-gara rekaan, prestasi dan keupayaan kameranya ketika mengambil gambar.
Bukan itu saja, ia juga dilengkapi fungsi kolaborasi multi-screen dan pengguna boleh menyambungkannya dengan jam pintar HUAWEI Watch GT 2 yang mempunyai ketahanan bateri cukup lama, reka bentuk eksklusif dan fungsi bantuan sukan serta kesihatan pintar untuk membantu penggunanya kekal cergas.
Jam pintar padat dengan fungsi
Ramai orang pilih HUAWEI Watch GT 2 ni sebab ada banyak tema tersedia di paparan utama untuk penggunanya sesuaikan mengikut senario. Malah, ciri paparan sentuh dan mod operasi butang yang ada turut membolehkan pengguna menyemak kadar degupan jantung, tekanan pada diri dan pergerakan setiap hari.
Menggabungkan kelebihan teknikal HUAWEI Watch GT 2 mampu memberi peringatan kepada penggunanya sekiranya jantung berdegup kencang atau rendah. Ia juga mampu menjalankan pemeriksaan premature beat dan ujian ketepuan oksigen darah.
Terdapat juga beberapa mod gym dan pemantauan degupan jantung ketika berenang pada HUAWEI WATCH GT 2. Malah, ia juga mampu mengira bilangan langkah yang diambil setiap hari dan memainkan lagu ketika bersenam.
Dilengkapi 15 mod sukan
HUAWEI Watch GT 2 menyokong sehingga 15 mod sukan, ini termasuklah 8 outdoor (berlari, berjalan, mendaki, berbasikal, trail running, open water dan triathlon) dan 7 indoor (berlari, berjalan, berbasikal, berenang, freedom training, elliptical machines dan rowing machines).
Satu sentuhan untuk jawab panggilan, mainkan lagu
Bagi korang yang sentiasa on-the-go, HUAWEI WATCH GT 2 ni memang sesuai sebab ia disertakan speaker dan microphone yang kalis air untuk setiap aktiviti kecergasan korang. Tak kiralah korang tengah berlari, berjalan atau mendaki, jawab panggilan dengan satu sentuh dari jam pintar, mudahnya!
HUAWEI WATCH GT 2 turut disertakan storan besar yang mampu menyimpan sehingga 500 lagu. Kalau korang install HUAWEI Music App dalam smartphone, korang boleh susun lagu pada jam dan buat playlist kegemaran!
Nak lagi best, sambungkan HUAWEI WATCH GT 2 dengan Bluetooth headset HUAWEI Freebuds 3, jadi korang boleh dengar lagu sambil berlari, bersenam dan berbasikal tanpa perlu membawa telefon!
Jawab panggilan dan berbual dengan HUAWEI x Gentle Monster
Satu lagi inovasi hebat rekaan HUAWEI yang korang wajib ada iaitu HUAWEI x Gentle Monster. Kaca mata keluaran HUAWEI ni bukan sebarang kaca mata, tapi membolehkan korang untuk menjawab panggilan dan bercakap lebih dari 2.5 jam dalam sekali charge. Hadir dengan bekas yang tersedia bateri di dalamnya, korang boleh charge kaca mata HUAWEI dan boleh berbual dengan rakan selama 8 jam!
Korang cuma perlu tap tepi bingkai kaca mata HUAWEI x Gentle Monster untuk menjawab panggilan, lepas tu berbuallah dengan jelas melalui dua mic dan speaker di bahagian tepinya. Ia juga menyokong fungsi voice assistant tau!
HUAWEI Mate 30 Pro: Pemprosesan pantas dengan cip generasi baru
Bila dah ada HUAWEI Watch GT 2, HUAWEI x Gentle Monster dan HUAWEI Freebuds 3, korang kena ada HUAWEI Mate 30 Pro. Barulah lengkap ekosistem HUAWEI!
Kalau korang nak tahu, HUAWEI Mate 30 Pro adalah model pertama yang dihasilkan dengan cip siri Kirin 990 generasi baru dan terdapat juga model dengan versi baseband 5G Kirin 990 5G (hanya boleh didapati di China buat masa ini). Cip pemprosesan 7nm mampu mengendalikan pelbagai tugasan dari merakam video 4K HDR sehinggalah aplikasi AI.
Ia turut mempunyai ciri UFS 3.0 yang lebih pantas dan cekap berbanding generasi sebelumnya, namun kurang penggunaan kuasa yang menjimatkan bateri. Selain itu, antara muka EMUI 10 pada HUAWEI Mate 30 Pro yang memberikan paparan aplikasi terperinci, membolehkan pengguna melaraskan penggunaan kuasa optimum mengikut penggunaan aplikasi setiap hari.
Nikmati ekosistem terbaik dari HUAWEI hari ini!
Korang dah ada HUAWEI Mate 30 Pro, HUAWEI x Gentle Monster, HUAWEI Watch GT 2 dan HUAWEI Freebuds 3? Tahniah, korang dah memasuki ruang ekosistem terbaik dan paling dipercayai yang ditawarkan HUAWEI. Sekarang, korang hanya perlu “One Tap to Share” untuk memindahkan fail dari telefon ke komputer riba dengan mudah dan pantas! Bestnya!
Berikut adalah harga untuk setiap device yang kami senaraikan di atas:
- Siri HUAWEI Mate 30: Bermula dari RM2,799 (RRP)
- HUAWEI Matebook 13: Bermula dari RM3,599 (RRP)
- HUAWEI Watch GT 2: Bermula dari RM799 (RRP)
- HUAWEI x Gentle Monster: RM1,599
- HUAWEI Freebuds 3: RM679
- HUAWEI WiFi Q2 Pro: 499
Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.