seismik

RV Express Tawar 'Unlimited Car Wash' Dengan RM99 Sebulan. Boleh Basuh Kereta Hari-Hari!

Kalau sehari nak basuh 20 kali pun tiada masalah!

Cover image via Regal Valet (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Buat pengguna kereta, memiliki kereta yang bersih dan selesa mestilah menjadi satu impian buat semua. Tetapi sejujurnya berapa ramai antara kita yang berjaya mencuci kereta sendiri setiap minggu?

Untuk pastikan kereta kita bersih dan kekal cantik, penjagaannya mestilah rapi dan kalau boleh ia perlu dicuci selalu. Nak mencuci kereta pun dah mengambil masa yang lama, apa lagi tenaga yang nak dipakai. Betul tak?

Ini belum lagi bab nak polish, wax dan sebagainya. Memang perlukan masa, tenaga dan kepakaran. Tak semua orang tahu polish dan wax kenderaan mereka dengan betul. Silap-silap hari bulan, kereta yang cantik boleh bertukar buruk dan luntur catnya. 

Jadi apa kata gunakan khidmat profesional dengan harga yang berbaloi?

Memperkenalkan RV Express, pusat kecantikan kereta yang menawarkan cuci kereta unlimited dengan harga bulanan tetap

Terletak di stesen Shell Kayu Ara, Petaling Jaya, RV Express Outlet, anda boleh mencuci kereta seberapa banyak kali yang anda mahukan dengan hanya menyertai car wash club mereka. Bukan tu saja, anda juga akan memperoleh satu detailing session secara percuma!

Bayaran keahlian bulananan adalah berbeza bergantung dengan jenis kenderaan yang anda miliki:
- Sedan: RM99
- SUV: RM110
- MPV: RM120

Bukan itu sahaja, mereka juga menawarkan 'Beli Satu Percuma Satu' servis signature Ceramic Quartz Coating mereka sempena promosi Tahun Baru Cina 2024.

Seperti yang kita tahu, coating adalah satu proses salutan yang dibuat bagi menjaga keadaan badan kenderaan seperti cat. Tetapi sedikit berlainan untuk signature Ceramic Quartz Coating mereka ini adalah ia membantu mencipta lapisan tambahan di atas kot jernih kereta anda, memberikan kilauan, kedalaman dan perlindungan tambahan daripada faktor persekitaran.

Oleh kerana salutan ini mempunyai sifat hidrofobik yang ekstrem, kereta anda akan dapat menangkis air dan kotoran dengan lebih baik, membantu ia kekal bersih lebih lama.

Regal Valet bertujuan untuk menjadi pusat sehenti bagi semua keperluan kenderaan profesional anda

Berpengalaman luas bekerja dengan semua jenama, model dan saiz kenderaan, pasukan Regal Valet mempunyai kepakaran yang mendalam merentasi setiap bidang penyelenggaraan am, perincian lanjutan, pemulihan kerja cat, penjagaan dalaman, perlindungan permukaan, pengubahsuaian, dan juga projek pemulihan.

Sama ada anda sedang mencari cucian mudah dan bersih, atau pemulihan lengkap kereta lama, Regal Valet adalah tempatnya. Kereta anda ibarat ke spa apabila dibawa ke sini. Semuanya lengkap!

Jadi tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang ini!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: