Renew Lesen 10 Tahun Tapi Tak Pernah Memandu, Aplikasi Yang Ditunjukkan Pula Jadi Tumpuan
Kenapa baru tahu ni.
Bagi mereka yang memandu, lesen adalah sangat penting dan perlu dibawa ke mana-mana
Peraturan pelesenan pemandu adalah berbeza mengikut negara. Ada negara yang mewajibkan pemandu untuk lulus ujian memandu sebelum lesen dikeluarkan.
Terdapat beberapa kelas lesen memandu yang berbeza mengikut jenis kenderaan. Di Malaysia, ia perlu diperbaharui setiap beberapa tahun.
Namun tahukah anda, sebenarnya tidak perlu pun pergi ke pejabat pos untuk perbaharui lesen anda kerana boleh guna dalam aplikasi saja.
Ia dikongsikan oleh seorang wanita di Twitter ini apabila dia memuat naik lesennya yang diperbaharui di dalam sebuah aplikasi telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat ciapan itu di bawah:
Aplikasi untuk perbaharui lesen pula jadi perhatian
Menerusi ciapan tersebut, kelihatan wanita itu berkongsi dia hanya tahu bahawa lesen fizikal tiada selepas hadir ke sebuah pejabat pos untuk memperbaharui lesennya.
"Beriya pergi pejabat pos nak renew today sekali abang tu cakap dah tak ada kad fizikal dah dik untuk lesen. Hang install myjpj ja," tulisnya.
Malah, ciapannya itu ternyata menarik perhatian dan ramai yang tidak tahu mengenai pembaharuan lesen tersebut.
"Thank you for this! I terus renew lesen online sebab malas nak walk in post office" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, ciapan berkenaan telah meraih 8,433 retweets, 1,338 quotes tweets dan 15K likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!