9 Restoran Halal Wajib-Cuba Di Tokyo. Ramen, Tempura, Semuanya Ada!
Nikmati pelbagai hidangan tradisional menarik, daripada shabu shabu daging Wagyu ke beef udon.
Cover image via Halal Navi | Muzalifah MohamadDengan bilangan pelancong Muslim ke bandar Tokyo yang kian meningkat sejak kebelakangan ini, mencari tempat-tempat makan bersijil halal di Tokyo kini jauh lebih mudah
Image via The Halal Food Blog
Ingin nikmati masakan Jepun seperti sushi, udon dan ramen? Berikut adalah antara restoran halal di Tokyo yang boleh anda cuba:
1. Gyumon @ Shibuya
Image via Gyumon
Image via Gyumon
Image via Muzalifah Mohamad
Image via Alin Anak Hassim
Restoran yakiniku halal ini menyediakan pelbagai pilihan daging segar bakar dan antara tempat makan paling popular di kalangan para pelancong beragama Islam. Set menu rice bowl turut disediakan, bermula daripada harga serendah ¥1,000.
Alamat: 3-14-5 Shibuya, Shibuya-ku, Tokyo
Stesen Terdekat: Shibuya Station (ambil South Exit)
Waktu Operasi: 12 tengah hari – 12 tengah malam (setiap hari)
2. Hanasakaji-san @ Shibuya
Image via Hanasakaji-san
Image via Hanasakaji-san
Image via Hanasakaji-san
Image via Matcha
Restoran terkenal di Shibuya ini merupakan antara lokasi di mana anda boleh nikmati shabu shabu menggunakan daging Wagyu dijamin halal di Tokyo. Selain itu, anda boleh nikmati bermacam-macam lagi hidangan tradisional Jepun seperti sushi dan tempura.
Alamat: 3-22 Sakura Building B1, Sakuragaoka, Shibuya, Tokyo
Stesen Terdekat: Shibuya Station (ambil South Exit)
Waktu Operasi:
11.30 pagi – 3 petang, 5 petang – 12 tengah malam (Isnin – Sabtu)
11.30 pagi – 4 petang, 5 petang – 11 malam (Ahad)
Maklumat lanjut di: Facebook
3. Halal Ramen Ouka @ Shinjuku
Image via Halal Navi
Image via Muhammad Syafiq Shahidan/Facebook
Image via Halal Ramen Ouka
Image via Akihiro Shugo/Facebook
Jangan terlepas mencuba ramen halal ini bila di Tokyo! Dengan ramen yang segar dan kenyal, dihidangkan pula dengan pilihan ayam atau daging, restoran kecil tetapi popular ini wajib dimuatkan ke dalam senarai makan anda.
Alamat: 1-11-7 Shinjuku, Shinjuku, Tokyo
Stesen Terdekat: Shinjuku-gyoemmae Station
Waktu Operasi:
2 petang – 10 malam (Isnin – Khamis)
5 petang – 10 malam (Jumaat)
12.30 tengah hari – 10 malam (Sabtu & Ahad)
4. Halal Tendon Itsuki @ Ginza
Image via Halal Tendon Itsuki
Image via Halal Tendon Itsuki
Image via Halal Tendon Itsuki
Image via Halal Tendon Itsuki
Restoran yang memberikan tumpuan kepada hidangan tendon ini khas untuk anda yang sukakan set nasi tempura. Pilihan tempura di sini termasuklah udang, ayam, labu, dan terung. Sos tempura di sini juga dimasak menggunakan ramuan halal dan para pengunjung dapat menikmati hidangan di sini tanpa was-was.
Alamat: Ginza-INZ 2F, 3-1, Ginza, Chuo, Tokyo
Stesen Terdekat: Yurakucho Station
Waktu Operasi:
11 pagi – 3 petang, 5 petang – 11.15 malam (Isnin – Jumaat)
11 pagi – 11.15 malam (Sabtu & Ahad)
Maklumat lanjut di: Facebook
5. Sekai Cafe @ Asakusa
Mengamalkan konsep makanan-untuk-semua, menu di Sekai Cafe merangkumi pelbagai jenis sajian khusus termasuklah makanan halal dan juga diet khusus seperti vegan. Jangan lupa untuk cuba Lamb Steak lembut penuh berperisa di sini, dan juga pelbagai jenis pencuci mulut menarik!
Alamat: 1 Chome-18-8 Asakusa, Taito, Tokyo
Stesen Terdekat: Asakusa Station
Waktu Operasi:
10.30 pagi – 8 malam (Ahad – Khamis)
10.30 pagi – 10 malam (Jumaat – Sabtu)
Image via Sekai Cafe
Image via Sekai Cafe
Image via Sekai Cafe
Image via Sekai Cafe
6. Sumiyakiya @ Nishi Azabu
Image via Sumiyakiya
Image via Sumiyakiya
Image via Matcha
Image via Sumiyakiya
Untuk anda yang inginkan sajian halal di kawasan Nishi Azabu yang serba moden ini, kunjungi restoran Sumiyakiya yang terletak lebih kurang 8 minit daripada stesen Roponggi. Selain daging bakar, anda boleh juga nikmati hidangan istimewa di sini iaitu Briyani Bamboo.
Alamat: 3-20-16, Nishiazabu Annex 1F, Nishi-Azabu, Minato, Tokyo
Stesen Terdekat: Roponggi Station (ambil Exit 1A)
Waktu Operasi:
11.30 pagi – 2.30 petang, 6 petang – 11.30 malam (Isnin – Sabtu)
Tutup setiap hari Ahad
7. Yoshiya @ Shinjuku
Image via Halal Gourmet Japan
Image via Marhamah Sapandi/Facebook
Image via Nurul 'Akma Harun/Facebook
Nikmati masakan Jepun asli di restoran Yoshiya ini, disajikan menggunakan ramuan halal untuk kemudahan pengunjung Muslim. Antara hidangan wajib-cuba di sini termasuk Chicken Katsu Curry, Chicken Karaage, dan juga Mixed Tempura.
Alamat: B1 Floor, Shinjuku Metro Shokudo,1-2-1,Nishishinjuku, Shinjuku, Tokyo
Stesen Terdekat: Shinjuku Station (ambil West Exit)
Waktu Operasi: 11 pagi – 10.30 malam (setiap hari)
Image via Azami Denas Azinar
8. Kineya Mugimaru @ Terminal 1, Narita Airport
Image via ropefish/tabelog
Ingin cuba udon yang halal dan sedap di Tokyo? Di restoran layan diri ini, anda boleh memilih saiz dan topping yang dikehendaki. Pilih hidangan sampingan seperti tempura atau onigiri jika mahu, dan kemudian teruskan ke kaunter sup untuk lengkapkan hidangan anda dengan kuah udon panas.
Alamat: Level 5F, Sky Food Court, Narita Airport Terminal 1, Chiba
Waktu Operasi: 7.30 pagi – 9 malam (setiap hari)
Image via Dyan Razali/Facebook
Image via The Halal Food Blog
Image via Rahimah Rahim/Facebook
9. Asakusa Sushi Ken @ Asakusa
Image via Asakusa Sushi-Ken
Image via Asakusa Sushi-Ken
Image via Asakusa Sushi-Ken
Image via Halal Gourmet Japan
Trip ke Tokyo pastinya tidak lengkap tanpa mencuba sushi segar di sini! Restoran Asakusa Sushi-Ken ini menyahut cabaran untuk mengekalkan rasa asli sushi dengan menggunakan ramuan halal sahaja (termasuk sos untuk mencicah). Kesemua sushi diminati ramai seperti Ebi Nigiri, Ebiko, dan Tamago boleh didapati di sini.
Alamat: 2-11-4 Asakusa, Taito, Tokyo
Stesen Terdekat: Asakusa Station
Waktu Operasi:
12 tengah hari – 2 petang, 5 petang – 12 tengah malam (Isnin – Sabtu)
11.30 pagi – 3 petang, 5 petang – 10 malam (Ahad)
