REV Media Group Anjur Explonding Content 2026 Bertemakan ‘REVchella’ 20 Hingga 22 Oktober Ini

Exploding Content 2026 diteruskan lagi dengan penampilan baharu yang berinspirasikan festival, iaitu REVchella.

Cover ImageCover image via REV Media Group

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Exploding Content 2026 kembali dari 20 hingga 22 Oktober 2026 dengan REVchella, sebuah acara berinspirasikan festival yang mengetengahkan perubahan dalam dunia kandungan melalui idea, teknologi dan pengalaman yang dekat dengan audiens Malaysia

Dianjurkan oleh REV Media Group, edisi tahun ini mengajak audiens meneroka REV Universe melalui empat tema utama: bagaimana mereka menemui maklumat, berhubung dengan budaya, mengikuti kandungan merentasi pelbagai platform dan melibatkan diri dalam pengalaman baharu.

"Masa depan kandungan bukan sekadar tentang platform atau format baharu. Ia juga berkaitan dengan cara audiens mencari maklumat, berhubung dengan budaya, mengikuti kandungan di pelbagai platform dan mengambil bahagian dalam sesuatu pengalaman. Melalui Exploding Content 2026, kami ingin menunjukkan perubahan ini dan membantu jenama memahami cara untuk terus relevan kepada audiens Malaysia," kata Samuel Wee, Ketua Pegawai Eksekutif REV Media Group.

SAYS.com
Image via REV Media Group

Apa yang anda boleh jangkakan daripada Exploding Content 2026

Masa Depan Penemuan

Dengan semakin ramai audiens menggunakan alat berasaskan kecerdasan buatan untuk mencari maklumat, jenama perlu hadir dalam jawapan yang mereka terima. Tema ini melihat bagaimana kandungan yang berkualiti, sumber yang dipercayai dan teknologi dapat membantu jenama ditemui dalam perbualan yang relevan.

Masa Depan Budaya

Kandungan kini bukan hanya untuk ditonton di skrin. Ia turut hadir dalam kehidupan seharian, komuniti dan pengalaman yang dikongsi bersama. Tema ini melihat bagaimana jenama boleh berhubung dengan budaya Malaysia melalui perbualan dan pengalaman yang lebih dekat dengan kehidupan audiens.

Masa Depan Capaian

Audiens kini mengikuti kandungan di pelbagai platform, peranti dan persekitaran. Tema ini meneroka bagaimana jenama boleh berhubung dengan audiens pada masa dan tempat yang tepat, melalui ekosistem kandungan yang lebih luas.

Masa Depan Pengalaman

Daripada format penceritaan baharu kepada komuniti berasaskan minat, tema ini melihat bagaimana hiburan, penyertaan dan personaliti boleh menghasilkan pengalaman jenama yang lebih dekat, menarik dan mudah diingati.

Sepanjang tiga hari, tetamu dan pelanggan yang dijemput akan dapat meneroka idea-idea ini melalui lawatan ke ruang pameran, pembentangan, pengalaman interaktif dan sesi jaringan. Acara ini akan berlangsung dalam dua sesi setiap hari, dengan setiap sesi memberi ruang kepada audiens untuk melihat, mencuba dan berbincang tentang perkara seterusnya dalam kandungan dan pemasaran.

Sejak diperkenalkan pada 2017, Exploding Content telah berkembang sebagai platform untuk REV Media Group berkongsi pandangan tentang perubahan landskap kandungan serta peluang yang terhasil daripadanya. Exploding Content 2026 meneruskan perjalanan ini dengan penampilan baharu yang berinspirasikan festival, iaitu REVchella.

SAYS.com
Image via REV Media Group

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: